Wed, 9 Oct 2024
HEADLINES :


Amaran kepada pegawai kerajaan gagal laksana tugas
Published on: Wednesday, January 31, 2024
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

Amaran kepada pegawai kerajaan gagal laksana tugas
James yang enggan sikap tidak bertanggungjawab itu merencatkan usaha kerajaan mensejahterakan rakyat.
Kota Kinabalu: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang tidak melaksanakan tugas dengan baik hingga menjejaskan pelaksanaan sebarang pembangunan untuk rakyat.

Amaran itu diberikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib yang enggan sikap tidak bertanggungjawab itu merencatkan usaha kerajaan mensejahterakan rakyat.

Menurutnya, terdapat pelbagai isu khususnya membabitkan pembinaan beberapa Klinik Kesihatan (KK) yang telah tertangguh akibat birokrasi dan kegagalan pegawai agensi berkaitan menjalankan tanggungjawab.

Sebagai contoh katanya, KK Kampung Mansiat di Sook yang dibina pada tahun 1979 sebelum musnah terbakar tahun 2022 lalu yang hingga kini tidak dapat dibina semula disebabkan ketiadaan geran tanah di tapak sedia ada.

“Bayangkan, selama 44 tahun geran belum dikeluarkan, selepas kita periksa (di agensi bertanggungjawab), rupanya masih di peringkat draf geran..baru

permohonan..tidak tahu di mana permohonan asal sebelum ini.

“Sedangkan permohonan sudah dibuat sejak tahun 1979 lagi tetapi sampai sekarang geran belum diluluskan..pelik dan menyedihkan kita. Itu baru satu buah, masih banyak lagi KK lain alami masalah sama.

“Malah, peruntukan bina bangunan baharu sudah ada, tetapi pembinaan tidak dapat dilaksanakan kerana masalah ini yang sudah tentu membuat rakyat menderita.

“(Isu) pegawai-pegawai (kerajaan) yang tidak dapat laksanakan tugas dengan baik (hingga banyak projek kemudahan rakyat tertangguh), saya akan bawa ke kabinet..tukar mereka ini, jangan kekalkan mereka di jawatan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Amanat Menteri PMKR yang turut dihadiri warga dari 10 agensi kerajaan di bawah kementerian itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.

James yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata, sejak menduduki KPMKR, beliau telah berjaya mengurangkan banyak masalah sama hingga beberapa KK dapat dibina.

Katanya, antaranya pembinaan baharu KK Kampung Langkon, Kota Marudu yang tertangguh lebih 10 tahun hanya disebabkan masalah membabitkan jalan masuk kira-kira 200 meter ke tapak KK sedia ada yang merupakan milik Sawit Kinabalu.

Bagaimanapun, katanya, masalah itu selesai apabila beliau berunding dengan pihak Sawit Kinabalu yang akhirnya memberikan sebuah tapak baharu yang lebih baik dari tapak sebelumnya malah dekat dengan jalan besar utama.

“Bukan saja Sawit Kinabalu beri kebenaran (masuk), mereka turut beri tapak baharu seluas hampir 10 ekar dekat dengan jalan raya yang lebih bagus daripada tapak KK sedia ada.

“Ini adalah tekad saya sebagai penghubung antara kerajaan negeri dan persekutuan untuk pastikan semua masalah seumpama ini selesai kerana ia membabitkan kepentingan rakyat.

“Alhamdulilah, usaha ini turut melibatkan pembinaan 23 buah KK dan hospital yang tertangguh sejak 2009, kini sudah kita selesaikan satu persatu, sekali gus bakal beri manfaat kepada masyarakat,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here