Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang wanita yang dipercayai menjadi dalang utama sindiket meminta rasuah dan memperdaya orang ramai membabitkan tawaran rumah bagi skim Program Perumahan Rakyat di Sandakan.
Menurut kenyataan media, tangkapan ke atas suspek wanita berusia sekitar 40-an ini susulan penahanan terhadap dua lelaki berusia sekitar 20 dan 40-an yang juga merupakan anak beranak oleh SPRM Sabah semalam membabitkan kes yang sama.
Suspek wanita ini dipercayai menjadi dalang utama sindiket ini di mana pemohon yang terpedaya telah memberikan wang sekitar RM10,000 sejak tahun lalu dan membabitkan nilai puluhan ribu ringgit.