Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Club Med RM400 juta siap tahun ini: Lebih banyak resort, hotel baharu dijangka di pantai barat
Published on: Wednesday, February 07, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Club Med RM400 juta siap tahun ini: Lebih banyak resort, hotel baharu dijangka di pantai barat
LIMUS (kedua, kanan) menyampaikan sekotak limau Mandarin kepada seorang peniaga Cina semasa program Walkabout Tahun Baharu Cina di pekan Kuala Penyu pada Selasa.
KUALA PENYU: Reputasi Sabah sebagai syurga resort pelancongan akan dipertingkatkan lagi apabila Club Med Resort bernilai RM400 juta, di sini, dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Ia akan menjadi antara beberapa projek pelancongan berprofil tinggi yang akan siap dalam tempoh tiga tahun akan datang di pantai barat Sabah.

Projek lain termasuk Sheraton di Kota Kinabalu dan sebuah resort pulau sifar karbon bersih eksklusif di Pulau Mantanani, dipercayai yang pertama di dunia.

Kumpulan Sinyi dari Taiwan yang menjalankan projek Mantanani juga merancang sebuah Intercontinental Hotel di Papar.

Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata Club Med Borneo, sebagaimana ia akan dinamakan, akan merancakkan aktiviti sosio-ekonomi dan pembangunan di sini.

Ia akan menjadi yang kedua di negara ini selepas Club Med Cherating Beach Resort di Pahang.

“Menurut Pejabat Daerah Kuala Penyu, kerja-kerja pembinaan Club Med sedang dijalankan di Kg Tanjung Aru di sini dan kemajuan kerja sudah mencecah 50 peratus.

“Apabila siap, ia akan membawa masuk pelancong dari seluruh dunia dan sudah tentu daerah ini akan menikmati spinoff ekonomi.

“Impak positif seperti itu termasuk peningkatan jumlah pekerjaan dan peluang perniagaan akan memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita semasa “walkabout” sempena Tahun Baharu Cina di pekan itu, Selasa.

Majlis pecah tanah untuk Club Med Borneo telah diadakan pada November 2019 tetapi pembinaannya terjejas akibat pandemik Covid-19 yang bermula awal 2020.

Sementara itu, Limus yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri berharap proses tender berkaitan beberapa projek pembangunan fizikal yang akan dibina di sini dapat dimuktamadkan segera.

Beliau berkata, ini perlu supaya infrastruktur membabitkan projek pembangunan berjumlah kira-kira RM400 juta itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Antara projek itu ialah pembinaan 200 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR), 100 unit rumah kedai di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB) dan pembinaan balai polis Kuala Penyu baharu.

“Projek PPR dan balai polis Kuala Penyu difahamkan dalam proses tender, manakala proses tender projek pembinaan lot kedai berdepan sedikit kelewatan berikutan isu tanah di tapak.

“Kami berharap isu tanah itu dapat ditangani supaya proses tender projek lot kedai dapat dimulakan dan kerja pembinaan membina lot kedai dapat dimulakan secepat mungkin,” katanya.

Limus berharap jabatan dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam projek pembangunan itu dapat mempercepatkan proses tender supaya kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan tahun ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here