Mon, 26 Feb 2024

HEADLINES :




Maritim, Pasukan Polis Marin tumpas cubaan seludup petrol
Published on: Tuesday, February 13, 2024
By: Patimang Abdul Ghani, Azmie Lim
Text Size:

Maritim,  Pasukan Polis Marin tumpas cubaan seludup petrol
RAMPASAN di Semporna.
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat mematahkan cubaan menyeludup minyak petrol ke negara jiran kira-kira 1.4 batu nautika di tenggara Tanjung Layag-Layag, Pitas pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bertindak berdasarkan maklumat awam, aset ronda Maritim Kudat yang ketika itu sedang melaksanakan rondaan Op Pluto Timur / Op Tiris, segera dikerah ke lokasi tersebut.

Maurice berkata, setibanya di lokasi, anggota Maritim mengesan sebuah bot sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan. 

“Semasa cuba merapat, tiba-tiba bot berkenaan memecut laju menuju kawasan cetek berhampiran dan pengendali bot dipercayai terjun dari bot lalu melarikan di kawasan hutan paya bakau berdekatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 17 tong biru berisi minyak petrol di atas bot pam berkenaan, yang dianggarkan kira-kira 3,400 liter, disyaki cuba diseludup ke Filipina. 

Menurut Maurice, bot serta barang rampasan dianggarkan bernilai lebih RM20,000 itu dibawa ke jeti Marina, Kudat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan1961.

Maurice berkata, dalam kejadian lain, mereka juga berjaya menahan sebuah kapal kargo jenis Landing Craft di kedudukan 0.2 batu nautika barat daya Lok Bon, Pitas pada hari yang sama.

Menurut beliau, tangkapan berkenaan dibuat hasil pengesanan daripada SWASLA Sabah berpandukan aduan daripada Jabatan Laut Lahad Datu menyatakan kapal berkenaan telah meninggalkan lokasi tempat bersauh tanpa kebenaran. 

Katanya, pemeriksaan mendapati empat individu warga tempatan mengendalikan kapal berkenaan berumur lingkungan 20 hingga 52 tahun.

Kapal terbabit ditahan atas kesalahan termasuk di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana telah keluar belayar dari Lahad Datu tanpa memohon izin untuk belayar, selain didapati tidak memperbaharui sijil statutori kapal, peralatan keselamatan kapal dan peralatan melawan kebakaran tidak berada dalam keadaan baik serta tamat tempoh, dan disyaki tidak memaklumkan penukaran nakhoda kepada pendaftar kapal. 

Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat, khususnya komuniti maritim agar terus memberi kerjasama dan melaporkan jika terdapat sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut kepada Maritim Malaysia pada talian 088-611858(Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam. 

Sementara itu, di SEMPORNA, Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sebuah bot dengan muatan petrol, yang dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, di perairan Bulipatuid, Sabtu lepas.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Ahmad Ariffin berkata suatu pasukan PPM sedang menjalankan rondaan Ops Taring Gelora/Op Cegah Jenayah apabila mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila didekati, dua individu di atasnya terjun ke dalam air dan menghilangkan diri dalam kegelapan.

“Hasil pemeriksaan, pasukan menemukan 40 jerigen masing-masing berisi 25 liter petrol di dalam bot itu,” katanya.

Beliau berkata semua rampasan termasuk bot dan enjinnya bernilai RM17,300 dibawa ke pangkalan PPM Semporna, untuk diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here