Mon, 26 Feb 2024

HEADLINES :




Ingrid Tokoh Murid SJKC Pai Wen
Published on: Tuesday, February 13, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Ingrid Tokoh Murid SJKC Pai Wen
INGRID menerima anugerahnya.
RANAU: Bekas pelajar Tahun Enam SJKC Pai Wen Ranau, Ingrid Mabel Pun Shu Wen dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Murid 2023 sekolah itu atas pencapaian cemerlangnya.

Ingrid dipilih atas kecemerlangannya dalam aktiviti kokurikulum termasuk mewakili negeri dalam Pertandingan Kaligrafi Cina Peringkat Kebangsaan Tahun 2023, mewakili daerah dalam Kuiz Matematik Anjuran Persatuan Hokkian, Kuiz Anjuran Persatuan Hakka, Pertandingan Kaligrafi, 14th Big Sky Tyres Cup Mini Basketball Championship, Pertandingan Mereka Cipta Poster Anti Dadah, dan Pertandingan Badminton dan Bola Jaring Peringkat Zon Pekan.

Guru Besar SJKC Pai Wen Ranau, Tsen Ting Feng menyampaikan anugerah itu semasa Majlis Anugerah Cemerlang sekolah 2023 di dewan sekolah tersebut baru-baru ini.

Turut menerima Anugerah Cemerlang Ko-kurikulum ialah Tan Hollis, Clare Zyssel Mic Howard, Jessyline Jane Luis, Luxorius Lex Luis, Presley Phang Kok Sheng, Nora Isabella Binti Nazri, Akid Arryan Bin Amran, Adib Anaqi Bin Amran, Clara Elvira Rodney serta Amanda Amani Binti Mohammad Hamzah.

Dalam majlis itu, anugerah turut diberikan kepada murid Tahun Enam dan mereka yang cemerlang dalam kategori lain seperti Kemajuan Akademik, Berakhlak Mulia, Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Bilik Sains dan Kehadiran Penuh.

Sementara itu, Tsen mengucapkan tahniah kepada semua murid Tahun Enam kerana menamatkan pengajian di SJKC Pai Wen Ranau.

“Namun, ini bukan garisan penamat, tetapi titik permulaan untuk anda semua di sekolah menengah. Anda semua harus tahu bahawa kunci kejayaan adalah disiplin diri.

“Ini adalah amalan baik bagaimana anda boleh memanfaatkan masa anda dan menguruskan diri anda dari segi jasmani dan pembelajaran.

“Badan yang sihat akan menghasilkan minda yang kuat. Barulah pelajar boleh belajar dengan berkesan,” katanya.

Pengerusi Lembaga Pengarah SJKC Pai Wen Ranau, Alldem Chia berkata, majlis itu juga meraikan Majlis Graduasi Ke-66 Tahun 2023 terutama kepada 61 graduan yang menamatkan zaman sekolah rendah.

“Bagi pihak lembaga pengelola sekolah, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar yang tamat pengajian darjah enam dan telah lulus peperiksaan serta memperoleh pencapaian yang baik dalam aspek moral, intelek, fizikal, etika dan lain-lain.

“Hasil kejayaan yang membanggakan ini dicapai bukan sahaja dari usaha peribadi anda, tetapi juga kejayaan pendidikan guru dan pendidikan ibu bapa. Jadi saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa,” kata beliau.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here