Sun, 27 Apr 2025
Headlines:
Usaha sama ternak lembu, tanaman kontan 300 ekar
Published on: Tuesday, February 13, 2024
Published on: Tue, Feb 13, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
Usaha sama ternak lembu, tanaman kontan 300 ekar
BARAHIM (kanan) menerima Sijil Pendaftaran Koperasi Tatalaan Berhad daripada Ghani (kedua dari kanan), disaksikan Syaheddrul (ketiga dari kiri), AB Rojhan (kedua dari kiri) dan Jasni (kiri).
KENINGAU: Koperasi Tatalaan Berhad berhasrat untuk menjalinkan usahasama dengan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) untuk membangunkan tanah seluas 300 ekar miliknya di Tatalaan bagi penternakan lembu dan tanaman kontan.

Pengerusinya Barahim Andipoh berkata, koperasi itu telah mendapat Sijil Pendaftaran daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada Disember tahun lepas.

Advertisement
Menurutnya, koperasi ini telah merancang program yang lebih menjurus kepada peningkatan sumber ekonomi masyarakat setempat, khususnya ahli koperasi membabitkan 12 kampung di kawasan Tatalaan.

“Kita yakin koperasi ini mampu meningkatkan ekonomi penduduk jika jalinan usahasama dengan LKTNS menjadi kenyataan kelak,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pembentukan Ahli Jawatankuasa Ahli Lembaga Koperasi di bilik mesyuarat LKTNS Wilayah Barat di sini, baru-baru ini.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here