Fri, 25 Apr 2025
Headlines:
Lebih RM500 juta jamin bekalan makanan: Hajiji
Published on: Thursday, February 15, 2024
Published on: Thu, Feb 15, 2024
Text Size:
Text:
Lebih RM500 juta jamin bekalan makanan: Hajiji
HAJIJI bersama Shahelmey dan ahli Pertubuhan Peladang Putatan.
KETUA Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan meningkatkan usaha untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil pertanian bagi memastikan bekalan makanan mencukupi di negeri ini.

Beliau berkata Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan memperuntukkan RM553.07 juta untuk industri pertanian, perikanan dan makanan dalam belanjawan tahun ini bagi meningkatkan tahap sara diri Sabah.

Advertisement
“Pelbagai inisiatif dan inovasi telah diperkenalkan dan dilaksanakan melalui program pembangunan tanaman, akuakultur, pembiabakaan dan pembangunan usahawan tani,” katanya pada program bertemu mesra bersama ahli Pertubuhan Peladang Putatan di kawasan Kios Makanan Bergerak di Putatan pada 4 Feb lepas.

Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan terus menyokong Pertubuhan Peladang memandangkan peranan penting mereka dalam pembangunan industri makanan negeri.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Namun begitu, beliau berkata Pertubuhan Peladang masing-masing perlu mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi mereka bagi meningkatkan taraf sosioekonomi anggota mereka.

“Bukan di Putatan sahaja, malah semua ahli Pertubuhan Peladang di Negeri ini perlu mempelbagaikan dan menceburi industri hiliran.

Advertisement
Petani tidak boleh hanya mengeluarkan bahan mentah untuk pasaran, sebaliknya perlu mempelbagaikan pengeluaran mereka untuk memenuhi permintaan pasaran.

Ambil pisang dan nanas contohnya boleh diproses menjadi makanan ringan,” katanya.

Advertisement
Hajiji berkata penerokaan industri hiliran adalah penting memandangkan negara masih mengimport sejumlah makanan dari luar negara untuk memenuhi penggunaan tempatan.

“Dengan meneroka peluang sebegini, Pertubuhan Peladang akan dapat meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga mereka,” katanya.

Hajiji berkata Putatan mungkin tidak mampu untuk mempunyai aktiviti komoditi pertanian berskala besar kerana saiznya yang agak kecil berbanding yang lain di negeri ini tetapi dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Bandaraya Kota Kinabalu, Pertubuhan Peladang Putatan akan berpeluang menjadi pemain dalam industri pemasaran rantaian nilai agromakanan.

“Saya berharap lebih ramai ahli Pertubuhan Peladang akan menceburi bidang perniagaan agromakanan dengan mendapatkan hasil dari daerah lain dan diproses menjadi produk yang boleh dipasarkan untuk pasaran Kota Kinabalu.

“Cari cara dan peluang untuk bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan atau sektor swasta dan wujudkan perkongsian pintar dalam semua aspek sektor rantaian nilai agromakanan,” katanya.

Ketua Menteri juga mengalu-alukan penubuhan Outlet Peladang di Kampung Meruntum, Putatan, yang diyakininya secara tidak langsung akan menyumbang kepada penciptaan lebih banyak pekerjaan dan peluang perniagaan kepada masyarakat petani di Putatan.

Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan merangkap Adun Tanjung Keramat,  dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Putatan Datuk Seri Arsit Sedi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here