Sun, 21 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki warga Filipina bunuh rakan dipenjara 33 tahun
Published on: Saturday, February 17, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Lelaki warga Filipina bunuh rakan dipenjara 33 tahun
ALBARIS ketika diiring keluar dari mahkamah.
TAWAU: Seorang lelaki warga Filipina dihukum penjara 33 tahun dan dikenakan 12 sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi di sini, pada Khamis selepas didapati bersalah membunuh rakannya yang berusia 16 tahun di Semporna, tiga tahun lepas.

Albaris Alunyo Iran, 24, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Dalam penghakimannya, Lim berkata mangsa iaitu Hassan Dorol meninggal dunia akibat kecederaan yang sengaja dilakukan oleh tertuduh.

“Terdapat saksi yang melihat kejadian itu dan dia juga cedera di bahagian kepala selepas dipukul oleh tertuduh dengan sebatang tukul… kesalahan tertuduh boleh dilrumuskan daripada perlakuannya selepas serangan itu apabila dia melarikan diri dengan tukul dan sebilah parang sebelum diberkas oleh beberapa penduduk kampung,” katanya.

Albaris dituduh membunuh Hassan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kuala Benang, Semporna antara 10.30 pagi hingga 11 pagi, pada 26 Feb 2021.

Albaris didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah menggunakan budi bicara untuk tidak menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh, sebaliknya hanya menjatuhkan hukuman penjara dan sebatan.

Lim berkata, mahkamah membuat keputusan itu memandangkan kes ini adalah kesalahan pertama Albaris, dan tertuduh masih muda serta masih ada ruang untuk dipulihkan.

“Namun, mahkamah mengambil maklum bahawa kesalahan ini adalah serius dan kepentingan awam menuntut agar hukuman penjara yang setimpal melebihi tempoh minimum dijatuhkan memandangkan usia si mati yang masih muda,” kata Lim.

Lim turut memerintahkan tertuduh dipenjara dari tarikh tangkap iaitu 26 Feb 2021.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh diusir ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman dan dihalang untuk memasuki semula Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya, Hurman Hussain bersama Mohd Suhaimi Suriana mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili peguam dilantik, Kusni Ambotuwo.

 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here