LAHAD DATU: Bekas anggota polis diharap agar dapat terus memainkan peranan dalam membantu menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
Ketua Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Segama, Datuk Mizma Appehdullah berkata, ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) bukan sekadar orang biasa, tetapi terdiri daripada individu yang berpengalaman luas dalam menjaga keselamatan negara.
ADVERTISEMENT Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
Mizma berkata, peranan bekas anggota polis masih relevan dan diperlukan oleh masyarakat.
Katanya, jasa dan pengorbanan bekas anggota polis sentiasa dihargai dan dikenang meskipun mereka kini telah bersara.