Sun, 26 Jan 2025
Headlines:
‘Setinggan boleh diwarta jika ia duduki rakyat tempatan’
Published on: Wednesday, February 21, 2024
Published on: Wed, Feb 21, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
‘Setinggan boleh diwarta jika ia duduki rakyat tempatan’
JOACHIM (duduk, tengah) bersama rombongan bergambar bersama ahli-ahli Majlis Daerah.
NABAWAN: Kampung Indah Nabawan, di sini, sebuah penempatan setinggan, akan diwartakan sebagai kampung tradisi jika ia memenuhi syarat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Katanya, jika kampung tersebut diduduki oleh penduduk tempatan seratus peratus ia boleh diwartakan sebagai kampung tradisi.

Advertisement
“Bagaimanapun, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu dengan mengambil kira pelbagai sudut termasuk perancangan jangka panjang,” katanya semasa taklimat oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Mumin Amsah, di sini, Selasa.

Joachim, yang juga Timbalan Ketua Menteri II, berkata perwartaan perlu dilaksanakan bagi membolehkan penduduk mendapat kemudahan seperti kampung-kampung lain.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Jika ia sudah diwartakan sebagai kampung tradisi maka ketua Kampung boleh dilantik.  Bagaimanapun, bagi merealisasikannya, proses-proses tertentu perlu dilalui terlebih dahulu,” katanya.

Terdahulu Mumin Amsah berkata, penempatan Kampung Indah terletak di dalam kawasan operasi Majlis Daerah Nabawan.

Advertisement
Katanya, ia diklasifilasikan sebagai setingga yang mula dibuka pada 1980an dengan alasan penduduk awal ingin dekat dengan perkhidmatan yang lebih baik seperti kemudahan sekolah dan kesihatan.

“Menurut bancian pada 2022, terdapat 132 rumah di penempatan setinggan ini membabitkan 492 penduduk tempatan. Tiada kawalan dibuat pada peringkat awal menyebabkan pertambahan penduduk,” katanya.

Advertisement
Katanya, Majlis Daerah bercadang memutihkan kawasan setinggan dengan menjadikan penempatan Kampung Indah sebagai perkampungan dalam pekan atau kampung tradisi seperti yang diamanatkan Menteri KKTP.

Turut hadir, Pembantu Menteri KKTP Datuk Isnin Aliasnih, Setiausaha Tetap KKTP Datuk Jamili Nais, Pengerusi Majlis Daerah Nabawan Peter Jiton yang juga Pegawai Daerah Nabawan dan Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here