Sun, 26 Jan 2025
Headlines:
MAN bakal nikmati status setaraf
Published on: Thursday, February 22, 2024
Published on: Thu, Feb 22, 2024
Text Size:
Text:
MAN bakal nikmati status setaraf
KERAJAAN Negeri akan menubuhkan Jabatan Kehakiman Mahkamah Anak Negeri (MAN) agar mahkamah anak negeri menikmati status yang setaraf dengan mahkamah sivil dan syariah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata langkah transformatif itu tahun ini bukan sahaja akan memartabatkan undang-undang Anak Negeri tetapi menambah prestij kepada Ketua Adat di mahkamah.

Advertisement
“Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan melalui Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) untuk menggubal, meminda dan menyemak enakmen dan ordinan berkaitan.

“Langkah itu akan menjadikan Mahkamah Anak Negeri setanding dengan mahkamah Sivil dan Syariah,” katanya pada penutupan kursus Transformasi Kepimpinan Ketua-ketua Adat Cemerlang di Dewan Kebudayaan Pusat Rumpun Bajau Samah di Kampung Lok Batik, Tuaran, pada 14 Feb.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Seramai 258 Ketua Adat terdiri daripada tiga Ketua Daerah, 20 Ketua Anak Negeri, 40 Wakil Ketua Anak Negeri, 194 ketua kampung dan seorang Kapitan dari Pantai Dalit, Sulaman, Tamparuli dan Kiulu, hadir.

Sistem mahkamah anak negeri di Sabah yang ditubuhkan pada awal kehadiran Syarikat Berpiagam British dan berterusan sehingga hari ini, menyelia hal-hal seperti pertikaian tanah dan juga yang bersifat peribadi.

Advertisement
Hukuman biasanya dalam bentuk sogit atau pampasan seperti kerbau atau babi atau yang setaraf dengannya, bergantung kepada jenis kesalahan.

Ia tidak boleh mendengar kes yang berada di bawah kanun keseksaan seperti serangan seksual, pembunuhan dan jenayah berat yang lain.

Advertisement
Pada masa lalu, terdapat contoh Ketua Adat menjadi lantikan politik, dan berat sebelah atau membuat penghakiman tanpa latar belakang atau pengetahuan undang-undang.

Kursus itu adalah untuk membantu melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan pemahaman tentang Undang-undang Adat Anak Negeri.

Hajiji berkata Ketua Adat mempunyai tanggungjawab besar dalam usaha meningkatkan kemakmuran sosial dan adat anak negeri, yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

“Ketua Adat boleh memainkan peranan strategik dalam membimbing, menyokong dan mendorong pemerkasaan masyarakat tempatan, untuk membolehkan mereka menyumbang kepada agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya.

Hajiji memuji Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, khususnya Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri Sabah (Ilman) kerana menganjurkan kursus tersebut dengan kerjasama Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) dan Pejabat Daerah, yang merupakan langkah penting ke arah memastikan Ketua-ketua Adat dilengkapi dengan ilmu dan pemahaman untuk menghadapi cabaran baharu.

“Ini juga akan membantu dalam memastikan Undang-undang Adat Anak Negeri terus dipatuhi dan dihormati. Saya berharap peserta dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi sepanjang kursus di kawasan masing-masing.

“Peranan anda sebagai Ketua Adat dan ketua kampung semakin mencabar, justeru memerlukan kepimpinan dan kebijaksanaan yang mantap untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni, aman dan bersatu padu,” katanya, yang ingin melihat, sebagai hasil daripada kursus itu, Mahkamah Anak Negeri Tuaran,  Kiulu dan Tamparuli menjadi penanda aras bagi mahkamah anak negeri lain di Negeri ini.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here