Wed, 18 Sep 2024

HEADLINES :



Wanita, budak 11 tahun dipaksa melacur diselamatkan, ‘ibu ayam’ ditahan
Published on: Friday, February 23, 2024
By: FMT
Text Size:

Wanita, budak 11 tahun dipaksa melacur diselamatkan, ‘ibu ayam’ ditahan
Polis menahan tiga wanita di sebuah premis di Banting yang terdiri daripada seorang warga tempatan berperanan sebagai ‘ibu ayam’ dan dua warga Indonesia disyaki pelacur. (Gambar: Freepik melalui FMT)
PETALING JAYA: Polis menahan tiga individu, termasuk seorang ibu ayam dan menyelamatkan seorang wanita serta kanak-kanak perempuan 11 tahun disyaki dieksploitasi sebagai pekerja seks.

Ketua Polis Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, tiga wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Banting kira-kira 3 petang semalam itu terdiri daripada seorang warga tempatan berperanan sebagai “ibu ayam” dan dua warga Indonesia disyaki pelacur.

“Polis kemudian berjaya menyelamatkan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun disyaki dipaksa melacur.

“Polis turut menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun serta bayi lelaki 11 bulan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai anak kepada wanita 25 tahun terbabit, manakala dua lagi kanak-kanak masih dalam siasatan status mereka.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati lot kedai itu diubah suai kepada empat bilik menggunakan langsir bagi aktiviti pelacuran dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us              

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here