Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Kontraktor digesa siapkan projek PMU Apas
Published on: Saturday, February 24, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Kontraktor digesa siapkan projek PMU Apas
MADIUS (kiri) semasa melakukan lawatan ke tapak PMU Apas bersama Mohd Yaakob dan Lo.
TAWAU: Kontraktor pelaksana projek pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) 132kV Apas yang kini lewat 60 bulan daripada tempoh ditetapkan, diharap dapat segera menyiapkan projek berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, kelewatan lebih 60 bulan itu mengakibatkan perancangan pihaknya untuk mempunyai ‘injection point’ baharu di daerah ini tidak dapat direalisasikan.

Menurutnya, injection point baru tersebut amat penting kepada rangkaian penghantaran di Tawau kerana sistem ini dapat menjamin kestabilan bekalan elektrik kepada pengguna dan juga adalah selaras dengan Kanun Grid Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“SESB juga sedar bahawa senario di mana sistem n-1 yang tidak lengkap ini amatlah berisiko terhadap kestabilan bekalan elektrik terutamanya kepada 66,929 pengguna di sekitar daerah Tawau,”katanya.

Projek berkenaan sepatutnya dijadualkan siap pada November 2018 selepas dimulakan pada November 2016, namun, kontraktor terlibat masih gagal menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan iaitu selama 24 bulan.

Pembinaan PMU Apas bernilai RM106 juta itu adalah di bawah pelaksanaan Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) dan SESB berharap tarikh siap yang baharu dijadualkan pada bulan Jun 2024, akan menjadi kenyataan.

Sementara itu, satu lawatan tapak ke PMU Apas dibuat oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Ir Ts Mohd Yaakob serta Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here