Wed, 12 Feb 2025
Headlines:
100 pelajar di Tenom terima bantuan RM500
Published on: Saturday, February 24, 2024
Published on: Sat, Feb 24, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:
Text:
100 pelajar di Tenom terima bantuan RM500
RIDUAN menyampaikan bantuan itu kepada salah seorang pelajar. Turut kelihatan Saibeh.
Tenom: Seramai 100 pelajar yang mendapat tawaran pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam Parlimen Tenom menerima bantuan wang tunai RM500.

Bantuan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin di Dewan Sekolah Kebangasaan (SK) Chung Hwa di sini, Rabu.

Advertisement
Menurut Riduan, bantuan kewangan itu bagi meringankan beban perbelanjaan pelajar yang akan memulakan pengajian di IPT.

Terdahulu, katanya, pendidikan amat penting bagi anak-anak kerana merekalah yang akan mencorakkan masa depan yang lebih baik untuk diri dan keluarga.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Pada dasarnya, ibu-bapa dan guru mempunyai matlamat sama dalam mendidik anak-anak iaitu untuk menjadikan mereka insan yang cemerlang.

“Dengan tahap pendidikan yang baik kelak ianya akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran kesusahan dan kesempitan hidup serta berupaya untuk meningkatkan taraf sosial dan kehidupan ke arah yang lebih baik dan selesa,” katanya pada majlis Kesepakatan Ibu-Bapa, Kecemerlangan Anak anjuran Kumpulan

Advertisement
Penggerak Penglibatan Ibu-Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta dengan kerjasama Pejabat Pendidikan.

Sementara itu Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Saibeh Abdul Sani merakamkan penghargaan kepada Ahli Parlimen Tenom itu atas penajaan program berkenaan.

Advertisement
Katanya, komitmen Riduan dalam meningkatkan pendidikan di daerah itu amat dihargai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here