Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah sasar 40 peratus pelajar STEM menjelang 2025
Published on: Sunday, February 25, 2024
By: Bernama
Text Size:

Sabah sasar 40 peratus pelajar STEM menjelang 2025
HAJIJI mencuba kaligrafi Cina sambil diperhatikan Wee (kedua, kanan) semasa majlis itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mahu sebahagian besar populasi pelajar sekolah di negeri ini menceburi pendidikan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata ini penting bagi memastikan sasaran 40 peratus pelajar sekolah berada dalam aliran sains seperti ditetapkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dalam Pelan Strategik 2022-2025 tercapai menjelang 2025.

Hajiji berkata pelan itu antara lain dirangka sebagai panduan untuk melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi memperkasakan ekosistem sains, teknologi, inovasi dan economi di Sabah.

“Dengan sasaran ini, adalah menjadi lebih penting bagi Sabah untuk mempunyai institusi pengajian tinggi berkualiti dalam usaha menyediakan kelayakan pengajian tinggi berkaitan STEM yang cemerlang untuk pelajar di negeri ini,” katanya ketika berucap merasmikan Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) cawangan Sabah di sini, Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah TAR UMT, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Pengerusi TAR UMT Tan Sri Chan Kong Choy, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Kasim Mansor dan Reaktor UiTM Cawangan Sabah, Dr Rozita @ Uji Mohammed.

Ketua Menteri berkata pembukaan TAR UMT di Sabah adalah bertepatan dengan aspirasi kerajaan negeri untuk membangunkan modal insan berkualiti, yang menjadi antara tiga teras utama digariskan dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Hajiji menyambut baik inisiatif pengurusan tertinggi TAR UMT dalam mengembangkan sayap ke Sabah sekali gus bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam pembangunan pendidikan termasuk memberi peluang dan pilihan kepada anak-anak Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tanpa perlu meninggalkan negeri itu.

Dalam pada itu, Hajiji berkata kerajaan Sabah telah mewujudkan pelbagai insentif bagi membantu beban kewangan pelajar Sabah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Biasiswa Pelajar Cemerlang Sabah, Biasiswa Pelajar Luar Bandar Cemerlang, biasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta dermasiswa melalui Yayasan Sabah.

“Pada 2022, kerajaan negeri mengutip RM55.7 juta untuk menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah. Sehingga Disember 2023, lebih 2,800 pelajar yang mengikuti pengajian tinggi di Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan luar negara telah menerima bantuan kewangan daripada TPNS.

“Saya gembira mengetahui bahawa dalam kumpulan penerima ini, 12 daripadanya adalah pelajar TAR UMT,” katanya.

Ketua Menteri berkata pendidikan adalah tunjang kemajuan serta pembangunan negeri, justeru menjadi tanggungjawab bersama untuk memastikan anak-anak Sabah mendapat pendidikan terbaik kerana modal insan adalah aset paling besar. 

“Dengan melabur dalam pendidikan, latihan dan pembangunan kemahiran, kita menyasarkan untuk menyediakan penduduk untuk menghadapi cabaran dan peluang masa depan,” katanya. 

Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM475 juta untuk memperkukuh pembangunan modal insan pada tahun ini.

Selaras dengan Dasar Belia Sabah, beliau berkata Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM16.89 juta untuk melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Belia Sabah yang merangkumi aktiviti sukarelawan dan perpaduan sosial.  

“Malah, kita  akan terus memberikan sumber-sumber yang diperlukan untuk melaksanakan pelbagai program bagi belia kita, termasuklah aktiviti kepimpinan, kemahiran, dan keusahawanan.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here