Kota Kinabalu: Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah (PKS Sabah) digesa untuk terus melakukan program outreach di kawasan luar Bandaraya.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam turut memberi jaminan akan bantuan Kementeriannya apabila diperlukan untuk manfaat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Sabah.
“Kementerian saya sentiasa bersedia membantu di mana perlu,” katanya pada sambutan Tahun Baharu Cina-Chap Goh Mei PKS Sabah, di sini, Sabtu.
Advertisement