Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


16 cemas lori hilang kawalan rempuh kenderaan
Published on: Sunday, February 25, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

16 cemas lori hilang kawalan rempuh kenderaan
LORI dan Perodua Bezza (kanan) ini antara terlibat.
RANAU: 16 orang mengalami detik cemas apabila sekurang-kurangnya empat kenderaan dirempuh sebuah lori kargo yang hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di hadapan Stesen Minyak Petron Ranau pada jam 12.29 tengah hari.

“Panggilan diterima melalui talian balai mengenai kejadian ini dan sepasukan enam anggota diketuai Pegawai Operasi PBK II Becket Gumat dikerahkan ke lokasi yang terletak 1km dari balai.

“Pasukan mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori 3 tan membawa muatan barangan runcit, sebuah Perodua Bezza, sebuah bas persiaran dan beberapa lagi.

“Pemandu lori berusia 61 tahun tersepit tetapi berjaya dikeluarkan oleh orang awam. Dia mengalami kecederaan, sementara 15 lagi mangsa dilaporkan selamat,” katanya.

Menurut Ridwan, pasukan memberi rawatan awal kepada pemandu lori itu sebelum diserahkan kepada petugas Jabatan Kesihatan dan dibawa ke Hospital dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi itu, operasi ditamatkan pada jam 12.53 tengah hari.

Sementara itu, beliau menggesa semua pemandu supaya lebih berhati-hati ketika memandu merentasi daerah ini, terutamanya pada waktu puncak.

“Berikan kerjasama baik kepada pengguna jalan raya lain. Lakukan pemanduan perlahan-lahan, terutama ketika di jalan tidak rata.

“Pandu secara berhemah dan peka terhadap keadaan sekeliling,” tambahnya.

Ridwan turut menggesa pemandu membuat pemeriksaan terlebih dahulu terhadap kenderaan masing-masing, terutama sebelum melakukan perjalanan jauh, dan berehat atau berhenti di kawasan rehat sebelum meneruskan pemanduan.  

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here