Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Peringatan untuk musim panas
Published on: Sunday, February 25, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Peringatan untuk musim panas
Gambar untuk tujuan ilustrasi
RANAU: Penduduk di sini diminta mengamalkan langkah keselamatan ketat khususnya semasa musim panas sekarang ini yang melanda seluruh negara sejak seminggu lalu.

Pengarah Hospital Ranau, Dr Eva Candra Susanti Suhali berkata, isu utama bagi orang ramai adalah dehidrasi dan pendedahan secara langsung kepada sinar matahari untuk tempoh yang lama.

“Pastikan anda meminum banyak air masak (bukan air manis).

“Pakai topi atau payung untuk mengelakkan sinaran haba langsung. Pakai pakaian yang longgar dan ringan. Jangan tinggal dalam kereta tanpa penghawa dingin.

“Lebih baik tinggal dalam rumah, jika tiada keperluan untuk keluar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Ridwan Mohd Taib memberi amaran kepada penduduk di kawasan ini agar tidak melakukan pembakaran terbuka memandangkan fenomena El Nino dan musim kemarau ketika ini.

Beliau berkata orang ramai mesti mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka kerana percikan pun boleh mengakibatkan kebakaran dalam keadaan sekarang.

“Orang ramai perlu mengutamakan keselamatan terlebih dahulu kerana kebakaran di kawasan terbuka dengan mudah boleh menjadi tidak terkawal dan menjadi bencana dengan risiko kehilangan aset berharga, rumah dan juga nyawa.

“Sekiranya terdapat pembakaran terbuka yang tidak dapat dielakkan, ia mesti dipantau dan dikawal bagi mengelak api merebak ke kawasan berhampiran,” katanya.

Selain itu, Ridwan berkata, semasa musim panas ini, panggilan berkaitan haiwan berbisa juga semakin kerap.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan haiwan berbisa yang biasanya mencari tempat redup di kawasan berhampiran rumah.

Untuk sebarang kecemasan bomba atau perkhidmatan khas, orang ramai boleh menghubungi Bomba Ranau pada talian 24 jam (088-878779), hotline 019-2449348 atau dail 999.

Beliau berkata, setiap anggota bomba dan penyelamat di daerah ini sentiasa siap siaga bertindak.

Berhubung isu sama, beliau turut berpesan kepada orang ramai, khususnya ibu bapa supaya memantau anak-anak dan mengelak mereka bermain api.

Mengulas kejadian Rabu lalu di Kg Dambalang Ranau, beliau berkata seorang penduduk sedang membakar belukar kering di ladangnya apabila api tidak dapat dikawal dan hampir merebak ke hutan bersebelahan serta kawasan perumahan.

“Mujur pihak bomba dimaklumkan dengan cepat dan pasukan sempat tiba di lokasi kejadian yang terletak lima kilometer dari Balai Bomba Ranau,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu atau panggilan gurauan melalui talian kecemasan 999, kerana ini boleh mengakibatkan keadaan yang lebih serius bagi semua pihak. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here