Tuaran: Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kent menganjurkan Program Pertandingan Pidato dan Bahasa Berirama (Piboi’an Roisol om Boros Kiloyuk) sebagai solidariti kaum Kadazandusun di sini baru-baru ini.
Pertandingan Pidato dan Bahasa Berirama anjuran Jabatan Bahasa Kadazandusun IPGM Kent telah diadakan bersempena Dekad Bahasa Ibunda Antarabangsa yang disambut setiap 21 Februari di seluruh dunia.
“IPGM Kampus Kent selaku peneraju Tahap 1 Bahasa Etnik, Bahasa Kadazandusun (BKD), telah menjayakan program ini di peringkat institusi dengan melibatkan semua pelajar PISMP dan PPISMP di institusi berkenaan yang terdiri daripada Bahasa Kadazandusun, Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), Kajian Bahasa Melayu dan Matematik.
“Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tempoh antara 2022 dan 2032 sebagai Dekad Antarabangsa Bahasa Orang Asli (Idil 2022-20232) dan bekerjasama dengan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) untuk melaksanakan Idil ini.
Advertisement