Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Amalan kunjung mengunjung bukti toleransi tinggi di Sabah
Published on: Monday, February 26, 2024
By: Marutin Ansiung
Text Size:

Amalan kunjung mengunjung bukti toleransi tinggi di Sabah
JAKE (tengah) bersama Cornelius (kiri) dan Yampil (kanan) menyambut kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada penari tarian singa pada sambutan Chap Goh Mei itu.
KENINGAU: Amalan kunjung mengunjung pelbagai kaum dan agama di Sabah khususnya di kawasan Pedalaman memberi gambaran jelas betapa amalan toleransi kaum yang sangat tinggi dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negeri ini.

Bagi rakyat negeri ini terutama di kawasan Pedalaman, perbezaan agama bukan halangan untuk hidup harmoni seperti di daerah Keningau, setiap perayaan seperti Tahun Baru Cina turut diraikan bersama oleh kaum lain.

Begitu juga dengan perayaan-perayaan yang lain seperti Hari Raya, Krismas dan sebagainya turut dihormati oleh pelbagai masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Penaung Persatuan Wartawan Keningau (KJA) Datuk Jake Jikulin Nointin berkata, keadaan itu tidak menghairankan berikutan tahap toleransi agama dan persefahaman yang sangat tinggi masyarakat di daerah Keningau khususnya.

“Walaupun berbeza agama dan latar belakang kaum, ia tidak menjadi halangan kepada masyarakat untuk bersatu di daerah ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Chap Goh Mei (sambutan akhir Tahun Baru Cina) di rumah kediaman keluarganya di Kampung Bariawa Tengah, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, bagi masyarakat di daerah ini, kepelbagaian kaum dan anutan agama tidak menjadi masalah dan perbezaan dalam kalangan masyarakat di sini, malah mereka saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Dari segi keharmonian, toleransi kaum dan agama daerah Keningau antara contoh yang boleh dilihat di Sabah dalam amalan kehidupan bermasyarakat,” jelasnya.

Jake berkata, perbezaan kaum dan agama tidak pernah menimbulkan isu yang menjurus ke arah perpecahan, malah sehingga kini semangat persefahaman, toleransi dan kerjasama antara kaum kekal kuat menjadikan Keningau antara contoh yang terbaik di negeri ini.

Katanya lagi, ini bukan saja menjadikan Keningau sebuah daerah yang harmoni dari segi perpaduan masyarakat majmuk, malah turut membolehkan masyarakat hidup dalam suasana yang aman damai.

Majlis yang dihadiri oleh masyarakat berbilang kaum dan agama itu diserikan dengan persembahan tarian singa.

Hadir sama Bishop Datuk Cornelius Piong, Ketua Polis Daerah Keningau Supt Yampil Anak Garai dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here