Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Masalah air: ‘Kontraktor beri kerajaan nama buruk’
Published on: Monday, February 26, 2024
By: Clarence Dol
Text Size:

Masalah air: ‘Kontraktor beri kerajaan nama buruk’
JAMES ketika melakukan lawatan mengejut ke loji Botition Nangoh, baru-baru ini.
Kota Kinabalu: Kontraktor yang cuai dan tidak bertanggungjawab memberi nama buruk kepada Kerajaan, terbukti dengan dua kes baru-baru ini membabitkan bekalan air dan elektrik masing-masing di Paitan, Sandakan, dan Tawau.

“Sebab itu kita mendengar rungutan daripada rakyat yang menyalahkan Ketua Menteri dan kerajaan, walaupun ia berpunca daripada kecuaian di peringkat bawahan atau jabatan berkaitan.

“Ia seolah-olah Menteri tidak prihatin terhadap rakyat sedangkan Menteri sangat prihatin. Namun, jika Menteri seorang sahaja yang bekerja tetapi orang bawahan tidak bekerja, kontraktor tidak bertanggungjawab, ini masalah besar,” kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Datuk James Ratib.

Katanya, bekalan air paip sering terputus di Paitan di mana dalam tempoh sebulan penduduk mendapat bekalan air bersih hanya kurang daripada 20 hari.

“Jabatan Air mesti menyelesaikan masalah ini dengan cepat. Terpulang kepada Jabatan Air, kontraktor mana yang hendak dilantik, tetapi kontraktor mestilah berkaliber dan boleh bertindak dengan pantas,” katanya.

Katanya, turun padang dan melawat loji Jabatan Air Botition Nangoh memberikan jawapannya.

“Salah satu masalah ialah kontraktor yang dilantik Jabatan Air lambat menggantikan pam rosak.

“Ada empat pam air tetapi tiga daripadanya telah rosak dan hanya satu pam yang berfungsi,” katanya.

James yang juga Adun Sugut berkata, sudah hampir setahun penguasa loji bertanya kepada kontraktor, tetapi sama ada kontraktor atau Jabatan Air tidak ambil peduli tentang apa yang rakyat lalui setiap hari.

“Jika (baki) pam juga rosak, kira-kira 10,000 pengguna di 15 kampung tidak akan menerima bekalan air bersih (dan menyalahkan kerajaan).

“Satu perkara lagi yang kami dapati ialah terdapat dua penjana dan sekali lagi hanya satu yang berfungsi. Jika kedua-duanya rosak, bagaimana loji ini boleh berfungsi?”

Katanya lagi, setiap kali banjir, sampah akan memasuki saluran pengambilan dan pekerja loji perlu meminta bantuan penduduk kampung untuk membersihkan saluran yang tersumbat.

“Jabatan Air sepatutnya melantik kontraktor khusus untuk membersihkan saluran pengambilan dan juga pam supaya tiada lagi masalah seperti itu timbul,” katanya.

James yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah berkata, masalah yang membelenggu pengguna di seluruh Sabah ialah apabila hujan atau banjir, bekalan air akan terputus.

“Pada musim banjir, kekeruhan air melebihi paras 1,500 NTU, dan apabila ini berlaku, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membenarkan air dirawat.

“Justeru kita minta Kementerian Kesihatan mencari mekanisme bagaimana air melebihi 1,500 NTU boleh dirawat oleh Jabatan Air, selain turun padang meninjau loji air di seluruh negeri,” katanya.

James berkata kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Air mesti prihatin dan mengambil tindakan segera untuk memenuhi apa yang diminta pihak berkuasa loji air.

“Satu lagi perkara yang diperhatikan semasa lawatan ialah loji itu hampir runtuh, Jabatan Air perlu kerap turun padang untuk memantau semua situasi ini.

James berkata beliau akan memastikan bekalan air melalui tangki sementara menunggu Jabatan bertindak.

“Kami meminta kerajaan menambah jumlah tangki biru di semua kawasan luar bandar bagi mengurangkan masalah bekalan air bersih dalam kalangan penduduk

“Kita juga minta pihak ICU, Persekutuan membekalkan lebih banyak tangki besar untuk penduduk di kawasan luar bandar,” katanya.

James juga mahu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memasang lampu di kawasan loji supaya pekerja dapat menjalankan kerja mereka apabila berlaku banjir atau sebarang kerosakan.

“SESB kena ambil tindakan segera dan gunakan peruntukan bencana mereka untuk membekalkan elektrik ke kawasan ini, supaya rakyat tidak salahkan Menteri.

Selain itu, Jabatan Air di Botition Nangoh turut diminta memasang papan tanda di tepi jalan menuju ke tempat terbabit yang terletak jauh dari kawasan hutan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here