Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah diunjur terima RM3 bilion pelaburan dari Sabah-Malaysia Rumah Keduaku
Published on: Monday, February 26, 2024
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

Sabah diunjur terima RM3 bilion pelaburan dari Sabah-Malaysia Rumah Keduaku
CHUA (kedua kanan) menunjukkan tanda bagus selepas menyampaikan tangki penuaian air hujan sebagai gimik kepada Farhan (ketiga kiri) sambil diperhatikan Phoong (kedua kiri) dan Chan (kanan) dalam acara itu.
Kota Kinabalu: Program yang ditunggu-tunggu, Sabah-Malaysia Rumah Keduaku (SMM2H), yang dijangka dilancarkan bulan depan, mampu memberikan impak besar kepada ekonomi Sabah khususnya di ibu negeri, di sini.

Susulan itu, Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda) Datuk Sr Chua Soon Ping berkata hartanah pinggir laut akan menguntungkan di kedua-dua pasaran primer dan sekunder.

Antara kriteria SMM2H yang lain, beliau berkata pelabur dikehendaki membeli unit kediaman atau suite komersial bertingkat tinggi melebihi RM600,000 atau hartanah kediaman bertanah di atas RM1 juta (siap atau dalam pembinaan).

“Negeri diunjurkan menerima RM3 bilion pelaburan ke dalam pasaran tempatan, terutamanya dengan ibu negeri Kota Kinabalu sebagai faktor tarikan utama daripada anggaran kira-kira 2,000 pelabur setahun, dan jika seorang pelabur SMM2H membelanjakan sekitar RM1.5 juta (untuk pelaburan hartanah, pendidikan, perbelanjaan sara hidup, membeli kereta, rawatan perubatan, perbelanjaan am, dll).

“Sekiranya berlaku kesan ‘spin off’ sebanyak tiga kali, ekonomi akan menyaksikan suntikan tambahan sebanyak RM9 bilion ke dalam pasaran,” katanya.

Chua berkata demikian dalam ucapannya pada Sambutan Tahun Baharu Cina Shareda & Bay Suites 2024 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Datuk Phoong Jin Zhe yang diadakan di Bay 21, di sini, Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Persekutuan Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Farhan Sufyan Borhan, ahli majlis Shareda dan pegawai kanan.

Mengenai penyediaan rumah mampu milik untuk M40 dan B40, Chua berkata Shareda berterima kasih kepada kerajaan Negeri atas peruntukan tanah seluas 70 ekar kepada Institut Shareda dan diberi peluang untuk turut serta membina rumah mampu milik untuk M40 dan B40.

Katanya, ini adalah usaha bersama pemaju swasta dan kerajaan untuk melaksanakan pembangunan berskala besar terutama bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah.

Ketika ini, beliau berkata mereka sedang melaksanakan pelan induk itu sementara menunggu input data teknikal daripada perunding.

Memandangkan kekurangan bekalan elektrik dan air, Chua berkata Shareda sedang berusaha untuk meminta ahlinya memasang panel solar dan tangki penuaian air hujan untuk projek mereka.

Katanya, kutipan air hujan walaupun bukan untuk minuman, tetapi boleh digunakan untuk pembersihan, penyiraman tanaman dan sanitari. 

“Impak banjir boleh dikurangkan, jika air hujan boleh disimpan oleh isi rumah, dengan syarat ia ditutup dengan betul untuk mengelakkan pembiakan nyamuk.

“Kami kini bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memasang sistem penuaian air hujan di balai masing-masing di negeri ini dan sebarang air hujan tambahan yang terkumpul boleh membantu memadamkan kebakaran di kawasan ketika tidak ada akses atau tekanan air rendah sekiranya berlaku kebakaran.

“Dua minggu lalu, pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat datang berjumpa saya dan kami mendapati mereka tidak mempunyai tangki penuaian air hujan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan.

“Jadi, Shareda melalui syarikat saya Remajaya Sdn Bhd menyumbangkan 10 tangki penuaian air hujan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini yang mana dua tangki diberikan kepada balai Bomba dan Penyelamat Sembulan, dua tangki untuk balai utamanya di Kolombong dan dua tangki kepada balai lain seperti di Penampang,” kata Chua.

Sebenarnya, katanya program pemberian tangki penuaian air hujan ini adalah projek perintis pertama Shareda manakala anggotanya akan diminta untuk menderma 10 tangki kepada balai bomba dan penyelamat di Sandakan diikuti 10 tangki lagi sumbangan Hap Seng di Tawau dan 10 tangki lagi akan diberikan kepada balai bomba di Kudat dan Keningau.

“Kenapa saya mulakan dengan memberikan tangki penuaian air hujan sebanyak 400 gelen setiap satu kepada balai Bomba dan Penyelamat kerana kita bimbang mereka mungkin menghadapi masalah memadamkan kebakaran harta benda apabila berlaku tekanan air rendah pada pili bomba atau tiada air.

“Jadi, bagaimana kita mahu harapkan mereka (bomba) memadamkan kebakaran tanpa air? Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kami (Shareda) membantu mereka supaya mereka boleh mendapatkan air bukan sahaja dari sungai atau laut tetapi juga dari tangki dalam jentera bomba.

“Tangki 400 gelen itu akan diletakkan di balai mereka dan air hujan boleh disalurkan ke tangki air di dalam jentera bomba,” katanya.

Chua berkata, mengumpul air hujan menggunakan tangki besar sebenarnya menghalang banjir selain menghalang air hujan daripada terus masuk ke dalam longkang dan laut.

“Ini adalah jalan ke hadapan di mana air hujan dikumpulkan dengan betul dan boleh digunakan untuk pembersihan dan juga untuk kegunaan industri.

“Sekiranya setiap rumah mempunyai tangki penuaian air hujan ini, maka tiada air yang akan dibazirkan ke dalam longkang, dan jika semua bangunan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kementerian mempunyai tangki ini, maka langkah itu boleh mengelakkan banjir dan sekiranya tiada air, air hujan juga boleh digunakan sebagai air bukan untuk diminum tetapi untuk membersihkan, dan menyiram tanaman, antara lain.

“Kita belum lagi menghadapi krisis tetapi menggunakan tangki penuaian air hujan adalah penyelesaian jangka pendek untuk isu air dan elektrik,” katanya. 

Akhir sekali, Chua berkata orang ramai boleh memuat turun kuasa tambahan daripada panel solar kami ke grid utama pada waktu siang dan menggunakannya semula pada waktu malam, melalui pemerkasaan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah yang baru ditubuhkan.

“Loji janakuasa bebas (IPP) kecil di atas bumbung rumah kita akan mengurangkan kebergantungan berlebihan kepada IPP besar yang ketika ini menggunakan gas berbanding sumber tenaga solar kita yang boleh diperbaharui.

“Dengan berbuat demikian, ia bukan sahaja menyelesaikan isu elektrik dan air buat sementara waktu tetapi penyelesaian yang lestari.

“Pengguna tidak lagi terlalu banyak menggunakan air daripada Jabatan Air dan bekalan elektrik daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak berkuasa berkaitan serta menjimatkan perbelanjaan isi rumah,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here