Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Pembakaran terbuka walaupun berniat baik berisiko wujud 'lompang perlindungan'
Published on: Monday, February 26, 2024
By: Bernama
Text Size:

Pembakaran terbuka walaupun berniat baik berisiko wujud 'lompang perlindungan'
Gambar sekadar ilustrasi
KUALA NERUS: Tindakan melakukan pembakaran terbuka, walaupun membakar secara niat baik atau bona fide berisiko mewujudkan ‘lompang perlindungan’ terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata hal ini kerana walaupun sesetengah individu berniat baik membakar kawasan lalang misalnya untuk tujuan pembersihan, apabila kebakaran menjadi semakin tidak terkawal, maka pihaknya tetap memberi respons sekiranya menerima laporan daripada orang awam. 

"Kerisauan saya ialah apabila kita (JBPM) memberi respons terhadap kawasan kebakaran lalang dan belukar, ia selalunya akan ambil tempoh yang lama dan melibatkan banyak penggunaan logistik.

"Keadaan ini akan menyebabkan berlaku ‘lompang perlindungan’ untuk keselamatan kebakaran struktur di bandar atau kawasan penempatan. Ia memaksa kita untuk agihkan anggota (ke kawasan kebakaran lalang dan belukar)," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Sijil 30 Tahun dan Sijil Khidmat Terpuji 2023 JBPM Terengganu di sini hari ini. 

Nor Hisham turut menasihati orang ramai untuk tidak sewenang-wenangnya melakukan pembakaran terbuka sebagai langkah mudah bagi membuka kawasan pertanian terutama di kawasan beris. 

"Di Terengganu misalnya, saya ambil maklum risiko kebakaran gambut adalah rendah iaitu hanya di sekitar Kemaman dan sempadan dengan Kuantan, Pahang, namun kebakaran kawasan beris merupakan risiko utama kerana melibatkan banyak kawasan. 

"Jadi kalau dari peringkat awal kita dapat kerjasama daripada masyarakat, kita jangkakan ‘lompang perlindungan’ itu akan berkurangan. Saya seru kepada semua untuk cakna kepada isu musim kering yang kita jangka sampai Mac ini untuk kita bersama-sama kurangkan risiko kebakaran terbuka," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata JBPM akan memberi tumpuan kepada lebih 605 lokasi berisiko berlakunya kebakaran terbuka.

Lokasi tumpuan berkenaan, katanya termasuk kawasan gambut, tapak pelupusan sampah haram dan tapak pelupusan yang diselia oleh pihak berkuasa tempatan. 

Terengganu mencatatkan bilangan kes kebakaran terbuka paling tinggi pada tahun lepas iaitu 1,008 kes berbanding 384 kes pada 2022 dan 658 kes pada 2021.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here