Kota Kinabalu: Pemuda GRS telah membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook yang dikatakan menghina Ketua Menteri di Facebook.
Ketua Penerangannya, Steve Johnny Mositun, dalam kenyataan media, berkata pengguna yang menggunakan nama Angelina Peace menggunakan imej Ketua Menteri dan membuat hantaran dengan niat menghina pemimpi tersebut.
"Dalam kita mempunyai hak menyuarakan pandangan, harus diingati bahawa setiap siaran atas talian internet mempunyai had limit," kata Steve.
"Tidak kira apa saja siaran kita lakukan, sama ada tentang Kepimpinan tidak kira aliran, janganlah kita melakukanya melebihi had sehingga menghina."