Sun, 21 Apr 2024

HEADLINES :


Fizikal kecil bukan halangan Nurelfira beraksi cemerlang
Published on: Thursday, February 29, 2024
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Fizikal kecil bukan halangan Nurelfira beraksi cemerlang
NURELFIRA disambut meriah dengan paluan kompang di Lapangan Terbang Tawau.
TAWAU: Atlet muda berbakat besar yang semakin tular, Nurelfira Umaira Mohd Yusuf, 13, hanya berketinggian 151 sentimeter (cm) berbanding ketinggian antara pesaingnya 180cm, namun fizikal kecil itu tidak menjadi halangan buatnya untuk beraksi cemerlang di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas bagi acara 80 meter (m) lari berpagar di bumi Kanggaru.

Anak bongsu dari tiga beradik itu turut memperoleh pingat Perak bagi acara 200m lari berpagar Bawah 14 tahun (B-14) dalam kejohanan WA State Track & Field Championship 2024 di Australia, baru-baru ini.

Remaja dari Kg Pasir Putih itu berkata, dia hanya fokus mahu mencipta kejayaan buat Malaysia berbanding memikirkan cabaran yang mungkin boleh menjejaskan prestasinya, misalnya fizikal dan bahasa pertuturan.

“Saya memang paling pendek di antara peserta tapi saya tidak terlalu memikirkannya... Saya hanya fokus untuk menang,” katanya yang mengakui bangga apabila berpeluang bertanding atas nama Malaysia di peringkat antarabangsa di usia 13 tahun.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here