Sat, 13 Apr 2024

HEADLINES :


Penduduk Kiulu tiada air kerana kemarau, boleh ambil air di Pejabat Daerah Tamparuli
Published on: Thursday, February 29, 2024
By: R Gonzales
Text Size:

Penduduk Kiulu tiada air kerana kemarau, boleh ambil air di Pejabat Daerah Tamparuli
Masalah air ini kebanyakkannya berlaku di kawasan Kiulu yang menggunakan sumber air graviti atau tadahan air bukit, kata menteri. (Gambar Bernama)
Tuaran: Penduduk kawasan Kiulu di daerah ini yang terjejas akibat kemarau dibenarkan mengambil bekalan air di Pejabat Daerah Tamparuli sehingga sumber air graviti atau tadahan air di bukit pulih semula.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menerima aduan daripada penduduk di kawasan Kiulu berkaitan masalah bekalan air bersih sejak 19 Februari 2024 lalu.

"Masalah air ini kebanyakkannya berlaku di kawasan Kiulu yang menggunakan sumber air graviti atau tadahan air bukit".

"Punca sumber air berkenaan mengalami kekeringan buat masa ini adalah disebabkan oleh musim kemarau yang berpanjangan selain ketiadaan sambungan paip pihak JANS di lokasi terlibat menyebabkan penyaluran air bersih tidak dapat dilakukan," katanya dalam kenyataan media hari ini.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here