Mon, 17 Feb 2025
Headlines:
Sabah peruntuk bajet besar untuk pendidikan rakyat
Published on: Friday, March 01, 2024
Published on: Fri, Mar 01, 2024
Text Size:
Text:
Sabah peruntuk bajet besar untuk pendidikan rakyat
HAJIJI melawat ruang pameran sempena majlis itu.
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan terus memperuntukkan bajet yang besar bagi memastikan rakyat Sabah mendapat pendidikan yang sempurna, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif bantuan pendidikan disediakan oleh kerajaan negeri bagi memperkasakan prestasi pendidikan di Sabah, antaranya sejumlah RM101 juta untuk biasiswa dan dermasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi pada tahun ini.

Advertisement
“Saya meminta warga pendidik terus melakar kejayaan, bersemangat dan menunjukkan budaya kerja berprestasi tinggi untuk melahirkan modal insan yang terdidik serta mampu bersaing di persada global,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran Tahun 2023, di The Klagan Regency, 1Borneo Hypermall di sini, pada Khamis.

Melahirkan harapan itu, Hajiji berkata dunia hari ini menuntut modal insan yang berjiwa kental dan cemerlang agar dapat bersama-sama membina negara bangsa.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Pembangunan pendidikan sentiasa diberikan keutamaan oleh kerajaan negeri. Ini kerana pendidikan penting untuk mengubah nasib anak bangsa.

Ini selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), yang mana pembangunan modal insan antara agenda utama yang diberi.

Advertisement
“Justeru, peranan dan sumbangan guru amat penting dan bermakna dalam memastikan generasi baharu yang lahir dapat memenuhi segala ruang dan peluang yang ada, sekali gus mendepani apa jua cabaran yang datang.

“Oleh itu, saya menggesa supaya warga pendidikan di negeri ini, khususnya di Tuaran, agar melakukan anjakan perubahan dan penambahbaikan untuk meningkatkan pencapaian pendidikan, termasuk sahsiah pelajar di sekolah masing-masing,” katanya.

Advertisement
Mengenai majlis itu, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri terus komited untuk menyokong segala aktiviti yang mengiktiraf sumbangan guru di negeri ini.

Justeru, beliau berkata pelaksanaan MAPenS PPD Tuaran Tahun 2023 amat signifikan dengan objektif utamanya, iaitu memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kecemerlangan pengurusan sekolah dan peranan warga pendidik.

“Saya berharap anugerah ini menjadi penyuntik semangat untuk terus berusaha dan memberikan sumbangan yang terbaik kepada pembangunan pendidikan di daerah ini.

“Dalam masa sama, warga pendidik perlu terus berusaha memacu tenaga, demi melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri tinggi dan berupaya merealisasikan hasrat dan aspirasi negara. Komitmen guru mampu memperkembangkan potensi, mengetengahkan bakat dan kebolehan murid,” katanya.

Hajiji menambah, kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan Persekutuan dalam usaha meningkatkan pembangunan pendidikan di negeri ini.

Mengenai prestasi pelaksanaan sekolah-sekolah daif di negeri ini, beliau berkata kerja menaik taraf sekolah daif kini sedang rancak dilaksanakan.

“Semua usaha ini bertujuan memberi keselesaan kepada pelajar dan guru,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pengurusan Pendidikan PPD Tuaran kepada Datuk Tah Niah Jaman.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Raisin Saidin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here