Sun, 16 Feb 2025
Headlines:
Sarung bernilai lebih RM1.6 juta dirampas
Published on: Friday, March 01, 2024
Published on: Fri, Mar 01, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:
Text:
Sarung bernilai lebih RM1.6 juta dirampas
MOHD Nasir (ketiga dari kiri) menunjukkan kain sarung yang dirampas itu.
Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas kain sarung import bernilai lebih RM1.6 juta dalam satu serbuan di sebuah gudang di Jalan Kolombong di sini, pada 5 Januari lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 439 guni mengandungi 175,600 helai kain sarung yang diimport masuk dari China, yang tertakluk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Advertisement
Beliau berkata pegawai Kastam dan Pasukan Tempur Operasi Medan JKDM (Cobra) melakukan serbuan itu kira-kira jam 5 petang.

“Rampasan kain sarung pelbagai corak itu seberat 39,510kg dan dianggar bernilai RM1,635,318. Ia melibatkan cukai jualan 10 peratus yang dianggarkan bernilai lebih RM163,000.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
Semasa serbuan itu juga, seorang wanita warga China berusia 30 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan dalam kes ini,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JKDM Sabah, di sini, pada Khamis.

Katanya lagi, siasatan lanjut mendapati modus operandi bagi kes ini ialah dengan menggunakan kod tarif yang lain dan deskripsi barang tidak betul dalam borang kastam 1. 

Advertisement
“Pengimport membuat pengikraran tidak benar atau tidak tepat sebagai ‘garment fabrics’, tetapi yang dibawa masuk adalah kain sarung berserta tarif kod yang tidak tepat. 

“Kalau kod sebenar tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), maksudnya semasa mengimport kain sarung ini tidak boleh dilepaskan sekiranya tidak disertakan permit tersebut.

Advertisement
“Barang ini diimport melalui kontena dan pada jangkaan kami, kain sarung ini adalah untuk pasaran tempatan di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Nasir berkata, kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

“Pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan.

“Selain itu boleh juga dipenjarakan selama tenmpoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here