Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Ayam sejuk beku lebih RM1.1j dirampas
Published on: Saturday, March 02, 2024
By: Jonathan Nicholas
Text Size:

Ayam sejuk beku lebih RM1.1j dirampas
MOHD Nasir dan pegawainya menunjukkan sebahagian rampasan.
Kota Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas tiga kontena berisi 81,009kg ayam sejuk beku bernilai lebih RM1.11 juta, dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, di Pelabuhan Sepanggar di sini awal bulan lalu.

Ketua Penolong Pengarah JKDM Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, bertindak atas maklumat, pemeriksaan dilakukan terhadap tiga kontena yang tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor, pada 2 dan 8 Feb lepas.

“Pemeriksaan mendapati kontena-kontena ini dimuatkan dengan bahagian ayam sejuk beku seperti dada dan paha.

“Makanan sejuk beku itu dianggarkan bernilai RM931,500 dengan cukai berjumlah RM186,300,” katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Beliau berkata susulan itu, dua individu yang merupakan pemilik premis yang dialamatkan ditahan bagi membantu siasatan.

Mohd Nasir berkata siasatan mendapati kesemua kontena yang berasal dari Thailand itu diangkut masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah, pada 16 Jan lepas menggunakan Borang Kastam No. 8 (in-transit) dan kemudiannya dihantar ke Pelabuhan Klang.

“Semakan mendapati pengimport telah menggunakan Borang Kastam No. 3, yang melanggar Peraturan Kastam berhubung pemindahan barang di bawah status ‘in-transit’. Kontena tersebut didapati berstatus ‘in-transit’ dalam Zon Bebas Pelabuhan Klang,” katanya.

Mohd Nasir berkata mengikut peraturan, barang-barang itu sepatutnya diisytiharkan dengan Borang Kastam No. 1 apabila meninggalkan kawasan Zon Bebas dan menuju ke Pelabuhan Klang, dengan Borang Kastam No. 3 kemudian digunakan untuk transit dari Pelabuhan Klang ke pelabuhan dalam negeri.

“Didapati apabila keluar dari Zon Bebas, barangan tersebut tidak diisytiharkan menggunakan Borang Kastam K1, sebaliknya syarikat dan ejennya menggunakan Borang Kastam No. 3, menunjukkan bahawa mereka mungkin cuba mengelak cukai dengan tidak menggunakan Borang Kastam No 1,” katanya.

Mohd Nasir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(9) Akta Kastam 1967, dan beliau menggesa mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu tampil membantu siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here