Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Sabah FC, Lotto terus kerjasama
Published on: Saturday, March 02, 2024
By: GL Oh
Text Size:

Sabah FC, Lotto terus kerjasama
JO Wid (kanan) bersalaman dengan Amirul selepas majlis menandatangani perjanjian.
Kota Kinabalu: Perkongsian Sabah FC dengan jenama sukan Lotto akan diteruskan pada musim 2024/2025.

Pengarah Sabah FC Mohd Jo Wid mengesahkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis mereka telah memutuskan untuk melaksanakan pilihan untuk melanjutkan kontrak antara kedua-dua pihak yang pertama kali ditandatangani pada 2021.

Beliau pasti reka bentuk, kualiti dan fabrik yang dipilih Lotto menepati citarasa penyokong dan peminat Sabah FC.

Beliau turut berharap jersi yang akan digunakan Sabah FC bagi kempen musim 2024/2025 akan terus mendapat sambutan baik peminat dan penyokong.

Sementara itu ketua pembangunan dan strategi perniagaan Lotto Malaysia, Amirul Syafiq Azidin berkata mereka teruja untuk meneruskan sokongan mereka kepada Sabah FC.

“Sabah FC dan Lotto telah bekerjasama sejak 2021 dan kami sedang membincangkan kemungkinan hubungan jangka pendek dan jangka panjang yang akan membawa kedua-dua jenama ke tahap yang lebih tinggi.

“Sabah FC telah mencapai banyak kejayaan dalam tempoh yang singkat dan kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan.

“Sejak Datuk Ong Kim Swee dilantik sebagai ketua jurulatih pada penghujung 2021, kelab itu berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Super dan peringkat suku akhir Piala FA buat kali pertama sejak 2007.

“Pasukan itu juga mengekalkan penamat tempat ketiga dalam liga musim lalu dan berjaya ke tempat suku akhir Piala FA sekali lagi, serta mara ke separuh akhir pertandingan Piala AFC,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here