Sat, 13 Apr 2024

HEADLINES :


Keretapi masalah brek langgar penghadang, dinding stesen Sembulan
Published on: Saturday, March 02, 2024
Text Size:

Keretapi masalah brek langgar penghadang, dinding stesen Sembulan
Sistem angin mengalami kerosakan dengan tiba-tiba menyebabkan sistem brek Jentera Lokomotif 7001 tidak dapat berfungsi dengan baik, kata meneri. (Gambar: Disediakan)
Kota Kinabalu: Sebuah lokomotif merempuh penghadang di hujung landasan dan dinding pagar Stsesen Sembulan akibat masalah brek pagi tadi, kata Menteri Kerjaraya Sabah Datuk Shahelmey Yahya.

Perkhidmatan keretapi yang terlibat adalah PU201 yang membawa penumpang daripada Beaufort ke Sembulan, terdiri daripada sebuah lokomotif dan empat buah gerabak penumpang, kata beliau dalam kenyataan media.

"Semasa menghampiri ke Stesen Sembulan, Jentera Lokomotif 7001 mengalami masalah teknikal, dimana sistem angin mengalami kerosakan dengan tiba-tiba menyebabkan sistem brek Jentera Lokomotif 7001 tidak dapat berfungsi dengan baik," katanya.

"Ini mengakibatkan jentera tersebut terpaksa merempuh penghadang (Bumper Stopper) di hujung landasan keretapi dan dinding pagar di Stesen Sembulan."

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here