Sistem Pengurusan Perladangan Berpusat dilancar di Keningau
Published on: Thursday, March 07, 2024
By: Marutin Ansiung
ARTHUR menunjukkan papan tanda perasmian selepas menandatanganinya.
KENINGAU: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup melancarkan Sistem Pengurusan Perladangan Berpusat (CMFS) di sini, Rabu.
Menurut Arthur, Keningau menjadi lokasi pertama di Sabah yang akan menggunakan sistem tersebut, yang menumpukan bagi membantu pemantauan sektor penanaman padi.
ADVERTISEMENT
Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, KPKM mensasarkan dengan aplikasi teknologi itu akan dapat meningkatkan purata pengeluaran hasil padi di kawasan Magatang dari 2.5 kepada 4.5 metrik tan sehekta sekali gus meningkat lagi pendapatan pesawah.
Katanya, ia merupakan program rintis pertama hasil kerjasama di antara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah dengan syarikat swasta Agriculture Chemicals Sdn Bhd dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau.
“Melalui kerjasama ini, petani akan diterapkan dengan amalan pertanian tepat di samping mendedahkan mereka dengan teknologi, pengurusan secara agronomi serta pengunaan input yang betul.
“Kementeriansentiasa mengalu-alukan kerjasama strategik dengan syarikat swasta dalam menggembleng sumber dan kepakaran masing-masing untuk meningkatkan pengeluaran makanan secara tempatan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada bekalan import,” katanya.
ADVERTISEMENT
Beliau menyifatkan inovasi CMFS selari dengan hasrat kementeriannya bagi embudayakan konsep Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat
(Pintar) dan berharap agar lebih banyak lagi inovasi akan diwujudkan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan kelestarian sektor agromakanan seiring keperluan semasa.
ADVERTISEMENT
Pada majlis sama, Arthur menyampaikan Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST2024) kepada pesawah yang aktrif.
PPK Keningau menerima RM630,000 membabitkan 1,050 penerima iaitu RM600 untuk seorang pesawah di bawah BKST fasa 2.
Justeru itu, beliau menggesa pesawah, petani dan peladang agar berdaftar sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan agar tidak terlepas pelbagai manfaat yang boleh didapati seperti kursus, bantuan baja, bantuan subsidi dan sebagainya.
Untuk rekod, seramai 2,701 petani telah berdaftar dengan PPK Keningau dan dianggarkan lebih kurang 200 petani lagi yang belum berdaftar.
Hadir sama pada majlis yang dihadiri oleh seramai 150 pesawah Kampung Magatang itu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah Hadriyani Ahmad dan Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Keningau, Alexius Paulus.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.