Fri, 16 May 2025
Headlines:
Sekolah adat ketujuh, karnival dilancar di Tawau
Published on: Thursday, March 14, 2024
Published on: Thu, Mar 14, 2024
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Sekolah adat ketujuh, karnival dilancar di Tawau
ANTARA ketua-ketua sekolah adat Tawau yang hadir pada majlis itu.
TAWAU: Masyarakat etnik Tidung di negeri ini kini mempunyai saluran untuk memulihara adatnya daripada terus dilupakan selepas sekolah adat anak negeri (SAAN) ketujuh dilancarkan di Marutai Tawau baru-baru ini dengan dihadiri lebih 2,500 orang.

Sempena pelancaran itu juga, karnival pendidikan adat budaya Borneo yang kedua turut diadakan bermula 28 Feb hingga Mac di Kampung Jagung Marutai, Tawau. Karnival pertama diadakan di Telipok pada tahun lalu.

Advertisement
Acara dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Adat Tidung Sabah (MATS) Dato Seri Sahran Untai yang mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor. Selain masyarakat Tidung, acara disokong oleh wakil-wakil daripada 15 sekolah adat membabitkan 15 etnik seluruh Sabah. 

Dalam ucapannya Hajiji berkata, adat dan budaya adalah satu elemen yang penting menentukan kejayaan sesuatu bangsa kerana sejarah membuktikan bahawa bangsa yang bertamadun adalah bangsa yang berjaya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here