Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BorneoMed Sdn Bhd berhubung pemberian skim insurans kepada penerima kebajikan.
Skim Insurans Kemalangan Rakyat Sabah yang disediakan oleh Takaful Ikhlas General Berhad dicipta khas untuk rakyat Sabah yang merupakan penerima bantuan kebajikan tersebut.
BorneoMed Sdn Bhd ialah penasihat dan wakil korporat kepada Takaful Ikhlas General Berhad dan pelaksana Skim Insurans Kemalangan Rakyat Sabah.
MoU itu menyatakan persetujuan kedua-dua KPMKR dan BorneoMed Sdn Bhd untuk bekerjasama dalam menawarkan skim ini kepada penerima kebajikan berumur 18 hingga 80 tahun.
Advertisement