Thu, 30 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Polis Beluran tumpaskan geng jenayah, tahan 4 suspek
Published on: Wednesday, March 27, 2024
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Polis Beluran tumpaskan geng jenayah, tahan 4 suspek
EDWIN (kiri), Kasim (tengah) dan Rudy (kanan) pada sesi serah terima tugas itu.
BELURAN: Polis di sini menumpaskan Geng Kunak yang disyaki terlibat dengan kes pecah masuk membabitkan rumah burung walet sekitar Beluran dan Telupid sepanjang tahun lepas, sehingga 14 Mac tahun ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt. Kasim Muda, berkata, polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita yang dipercayai dalang.

“Kesemua suspek dari Kunak itu ditahan di Lahad Datu dan Kunak,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Peringatan Hari Polis ke-217 di Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran, di sini, Isnin.

Kegiatan pecah masuk itu menjadi kegusaran pemilik rumah burung walet yang mengalami kerugian susulan jenayah itu.

Sementara itu, beliau juga menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Balai Polis Terusan Sugut, Paitan daripada Sub Inspektor Edwin Dollah kepada pemangkunya, Sarjan Rudy Toik.

Edwin yantg bertugas sebagai ketua balai selama 10 tahun dan akan berpindah ke Pusat Latihan Polis di Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan lain, Kasim berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah itu berjaya merampas sejumlah 1,007.59 gram dadah bernilai RM101,441 menerusi penahanan lima suspek berasingan di Beluran dan Telupid.

Kesemua suspek lelaki terdiri daripada warganegara tempatan dan asing dari Ranau, Sandakan dan Lahad Datu.

Siasatan juga mendapati kesemua lima suspek menjalankan aktiviti itu bersendirian dan tidak terlibat dengan mana-mana sindiket dadah.

Kasim berkata, dari Januari 2023 hingga Mac tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Daerah menerima 31 kes penipuan.

Ia membabitkan pinjaman wang tidak wujud, pembelian barangan dalam talian, pelaburan, Macau Scam, penipuan meminta TAC bank, pembelian kereta online, kerja dalam talian, pindah milik tanah dan pelbagai kes lain dengan kerugian keseluruhan RM545,397.29.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Antara Januari hingga Mac tahun ini, terdapat empat kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal dan pemandu di daerah itu.

Justeru itu, beliau menasihatkan pemandu sentiasa berhati-hati khasnya apabila melalui jalan yang masih dalam pembinaan, seperti Lebuhraya Pan Borneo dan jalan rosak, antaranya, Jalan Sapi Nangoh.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan keluar dari rumah atau bercuti panjang agar memaklumkan balai polis terdekat untuk tujuan pemantauan.

Terdahulu, berucap pada majlis itu, Kasim berharap pegawai dan anggotanya akan terus bertugas untuk kejayaan khususnya membanteras kegiatan jenayah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here