SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 23 tahun dilapor hilang apabila mangsa dikatakan terjatuh selepas terlibat dalam kemalangan bot yang bertembung di Pulau Tanjung Batu, disini, awal pagi semalam.
Operasi pencarian dimulakan pada jam 7.30 pagi tadi oleh empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai Komander Operasi, Shamri Sipin, bersama sebuah bot.
Juga membantu operasi carilamat itu ialah lapan anggota polis, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sandakan dan penduduk kampung.