Thu, 30 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Ambil perhatian isu ekonomi di Sandakan: Calvin
Published on: Monday, April 01, 2024
Text Size:

Ambil perhatian isu ekonomi di Sandakan: Calvin
“Sampai bila lagi rakyat perlu merungut dan dalam kesusahan susulan ekonomi semasa,?” soalnya.
SANDAKAN: Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura, Calvin Chong Ket Kiun berkata, kerajaan negeri perlu mengambil perhatian berkenaan antara isu utama iaitu ekonomi di daerah ini.

Ujarnya, ini kerana kurangnya aktiviti ekonomi yang memberangsangkan di kawasan Sandakan. 

Jelasnya, walaupun Sandakan merupakan bandar kedua utama di Sabah, namun dapat dilihat dengan jelas ekonominya agak tidak stabil yang menyebabkan banyak premis ditutup dan tidak beroperasi di kawasan ini.

Dalam hal berkaitan, tambahnya, kadar pertumbuhan ekonomi yang agak lembap ini juga memberi kesan terhadap kuasa membeli rakyat, kurang peluang untuk mengembangkan perniagaan, selain kadar sewa premis mahal juga antara yang menjadi rungutan penduduk dan peniaga di kawasan Sandakan. 

Selain itu, isu kemiskinan juga jelasnya wajar diatasi dengan sewajarnya apabila beberapa daerah di Sabah dicatat antara yang termiskin di negara ini.

“Sampai bila lagi rakyat perlu merungut dan dalam kesusahan susulan ekonomi semasa,?” soalnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Sabtu. Beliau melihat sendiri keadaan di beberapa kampung yang dilawati khususnya kawasan Elopura dimana keadaanya sangat daif. 

“Ada kalangan mereka masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan air,” ujarnya.

“Selain itu, sudah 61 tahun kerajaan Sabah berkerajaan sendiri namun anak-anak penduduk kampung juga masih bersekolah dalam keadaan daif. 

“Dimana kesaksamaanya sedangkan Sabah kaya dengan kayu balak, kelapa sawit dan banyak hasil bumi lain,” ujarnya.

Kadar kemiskinan di Sabah telah mencatat 19.7pc iaitu negeri yang mencatat kadar kemiskinan tertinggi di Malaysia.

Manakala Putrajaya hanya mencatat 0.1pc sahaja. 

“Bezanya sejauh 19.6pc sedangkan Sabah ini penyumbang hasil terbesar bagi persekutuan,” ujarnya.

Tambahnya, Sekiranya kerajaan negeri mempunyai hasrat dan hala tuju dalam memenuhi peranan dan menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan, beliau yakin keadaan di Sabah ini mampu berubah ke arah yang lebih baik. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here