Mon, 12 May 2025
Headlines:
Penganggur sembunyi harta curi dipenjara dua tahun
Published on: Wednesday, April 03, 2024
Published on: Wed, Apr 03, 2024
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Penganggur sembunyi harta curi dipenjara dua tahun
Kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Selasa kerana menyembunyikan harta curi milik sebuah prasekolah di pulau Gaya.

Usman Mohd Walie, 28, mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Aydiel Putra Alwi, yang bersidang sebagai Majistret, atas kesalahan itu.

Advertisement
Usman mengaku secara sukarela membantu menyembunyikan barang curi — dua kipas, satu unit mikrofon tanpa wayar, satu unit soket dan dua unit pembesar suara, kepunyaan Tabika Kemas, Kg Kesuapan, pada 27 Mac, jam 9 pagi, di pencawang elektrik kampung itu.

Kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin memaklumkan mahkamah bahawa prasekolah itu dipecah masuk pada 25 Mac dan beberapa hartanah bernilai RM300 dicuri.

Pada 27 Mac, Usman ditahan polis dan membawa mereka ke lokasi di mana dia menyembunyikan barangan curi itu.

Advertisement
Peguam dilantik Lim Ming Zoong yang mewakili Usman merayu hukuman ringan.

Usman diperintahkan menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap.

Advertisement
Dalam kes berasingan, dua pemungut besi buruk masing-masing dipenjara 10 bulan kerana melakukan khianat pada kabel kepunyaan sebuah syarikat telekomunikasi.

Augustine Wong, 42, dan Cassey Connel, 34, mengaku bersalah melakukan jenayah itu pada 28 Mac, pukul 5.40 pagi di tepi Penampang bypass, Penampang.

Kedua-duanya melakukan perbuatan itu bersama dua lagi yang masih bebas.

Pertuduhan di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah dimaklumkan pihak pendakwaan bahawa pada hari tersebut polis peronda mendapati sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan diletakkan di tepi jalan dan ketika diperiksa, empat lelaki dilihat membakar kabel.

Lelaki terbabit melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis tetapi dua daripada mereka berjaya ditahan.

Kabel tembaga milik Telekom Malaysia turut ditemui daripada mereka.

Wong dan Cassey diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Sementara itu, seorang warga Filipina berusia 21 tahun dijatuhi hukuman penjara sebulan kerana memiliki barang dipercayai dicuri.

Penganggur Mohamad Asdali mengaku di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie memiliki sebuah pembesar suara dan tukul yang gagal dijelaskan bagaimana dia memperolehinya pada 2 Jan, pukul 2.45 petang, di tepi jalan Kg Tatahan Inanam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 22A Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Inspektor Suzie S. Kupit melakukan pendakwaan. 
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here