Thu, 30 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Akmal beri keterangan kepada polis Sabah
Published on: Saturday, April 06, 2024
By: Nora Ahmad
Text Size:

Akmal beri keterangan kepada polis Sabah
AKMAL selepas hadir memberi keterangan di IPD Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu: Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh telah memberi keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini pada Jumaat.

Dr Akmal yang baru saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), dibawa terus ke IPD Kota Kinabalu dengan kenderaan polis untuk diambil keterangan.

Beliau berkata, sepatutnya dia akan memberi keterangan di IPD Dang Wangi pada Sabtu dan berada di Sabah untuk menghadiri program Ramadan bersama Pemuda Umno Sabah di Beaufort.

“Di peringkat awal telah diaturkan esok (Sabtu), sebab hari ini saya kata, saya ke Sabah tetapi apabila saya sampai di Kota Kinabalu tadi, dapat satu panggilan yang menyatakan perlu diambil keterangan saya pada hari ni.”

Ia berkaitan satu laporan yang dibuat terhadapnya di bawah Akta Hasutan berhubung suatu video ceramahnya di Kelantan.

“Saya meneliti video itu dan saya rasa tiada satu pun ungkapan yang telah dikeluarkan untuk menghasut. Saya serahkan segala-galanya kepada siasatan polis. Saya sedia lawan di mahkamah sebab saya tak pernah takut, sebab saya percaya kita bawa suara kebenaran dan kita tak melakukan apa-apa kesalahan sekali pun,” katanya kepada pemberita selepas keluar daripada IPD Kota Kinabalu di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.

Bagaimanapun, beliau menyatakan kehairanannya kenapa perlu beri keterangan di Sabah sedangkan dia akan kembali ke Semenanjung pada keesokan harinya (Sabtu).

“Saya hairan kenapa mereka tidak dapat tunggu saya balik ke Semenanjung sebab telah ditetapkan (di IPD Dang Wangi).

“Laporan itu di Kuala Lumpur, jadi saya pun tertanya-tanya kenapa perlu cepat, apa yang penting sangat, bukan saya tak balik, saya balik dan kita sudah bagi komitmen tapi nak juga (bagi keterangan),” katanya.

Ditanya adakah keterangan itu diambil disebabkan boleh menimbulkan kerisauan kepada rakyat Sabah, Dr Akmal berkata, mereka datang bukan untuk menimbulkan masalah sebaliknya hanya hadir untuk program Pemuda Umno.

“Tiada langsung laporan daripada Sabah, tidak ada langsung apa-apa kenyataan dari Sabah, semuanya berlaku di Semenanjung,” katanya, menambah mereka tetap meneruskan program yang dijadualkan di Beaufort.

“Program tetap diteruskan, tidak berpatah semangat. Ketua-ketua pemuda Sabah pemimpin-pemimpin Sabah ni sangat luar biasa jadi saya mengambil semangat itu untuk teruskan pendirian kami,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here