Tuaran: Tindakan penternak ladang ternakan babi di salah satu kampung di Tamparuli, dekat sini, bakal disiasat berhubung dakwaan membuang najis haiwan terbabit ke sungai berhampiran sehingga menyebabkan pencemaran.
Menerusi video berdurasi lima minit 41 saat yang tular sejak Sabtu lalu, lokasi memaparkan kejadian berlaku di anak sungai berhampiran lokasi penternakan yang mengalir ke Loji Rawatan Air Telibong sebelum disalurkan kepada ribuan pengguna di daerah selain Kota Kinabalu.
Tinjauan wartawan di lokasi turut mendapati, anak sungai yang masih digunakan segelintir penduduk bagi menangani isu kemarau ketika ini juga berubah warna menjadi hitam dan hijau pekat dengan bau busuk.
Advertisement