HARI Raya ini lebih istimewa buat Heidi Roslee apabila bakal melancarkan single pertamanya, Cursed pada 14 April ini.
Digubah sendiri oleh gadis berumur 18 tahun ini, Heidi mengakui teruja untuk mengira hari sebelum lagu sulungnya itu menemui pendengar.
Heidi menyifatkan proses menghasilkan lagu berkenaan sebagai “pengembaraan muzik” keluarganya.
Dia mendedahkan Cursed adalah satu projek kecil bersama adik lelaki dan bapanya sendiri, yang juga komposer tempatan Roslee Haji Wahid.