Wed, 19 Mar 2025
Headlines:
Sudah elak, tapi dikejar sehingga terbabas
Published on: Monday, April 08, 2024
Published on: Mon, Apr 08, 2024
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Sudah elak, tapi dikejar sehingga terbabas
MANGSA membuat laporan polis untuk mendapatkan tuntutan insuran kenderaan. 
Tuaran: “Kenapa kau langgar anjing saya, mahal ni saya beli!” Itu kata-kata seorang pemilik anjing peliharaan yang menyebabkan seorang penunggang motosikal terbabas dan menerima empat jahitan di dahi di Jalan Kiulu-Tamparuli, Kampung Kionsom Kiulu, di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, lelaki yang merupakan pemilik anjing terbabit dikatakan sempat memarahi mangsa tanpa menghiraukan kecederaan dialaminya sebelum mangsa beredar sambil menahan kesakitan.

Advertisement
Mangsa yang dikenali sebagai Ray, 23, berkata, dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal dan adik lelakinya berusia 19 tahun (Orang Kurang Upaya) membonceng di belakang.

“Awalnya, saya sudah melihat dari jauh terdapat seekor anjing yang berada di tengah jalan raya dan segera memperlahankan kenderaan untuk mengelak anjing itu.

SPONSORED CONTENT
When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health.
“Namun sebaik tiba di lokasi, anjing yang menyeberang ke bahu jalan itu tiba-tiba mengejar ke arah motosikal dinaiki kami menyebabkan saya panik dan terbabas,” ujarnya.

Menurutnya, akibat kejadian itu, dia mengalami beberapa luka di anggota badan dan menerima empat jahitan di dahi selepas menjalani rawatan di hospital Tuaran manakala adiknya turut mengalami luka di bahagian.

Advertisement
“Tanpa menghiraukan kecederan dialami kami, pemilik yang keluar dari rumahnya yang terletak kira-kira lima meter dari jalan raya itu sempat memarahi saya sebelum kami beredar sambil menahan kesakitan,” katanya.

Mangsa yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Tuaran itu, mengemukakan laporan polis untuk mendapatkan tunturan insuran kenderaan dan kos rawatan.

Advertisement
“Saya juga digalakkan merujuk kepada pengurusan adat kampung untuk tuntutan ‘Sogit’,” ujarnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here