Thu, 23 May 2024

HEADLINES :


‘Pembangkang enggan akui usaha kerajaan’
Published on: Monday, April 08, 2024
Text Size:

‘Pembangkang enggan akui usaha kerajaan’
REDONAH (dua dari kiri) bersama Aziah Atoh mesra bersama Cathress semasa melawatnya di KPJ.
Kota Kinabalu: Pembangkang sengaja membutakan mata dan menutup telinga bagi menidakkan usaha kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - Pakatan Harapan (PH) Plus dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda, berkata mustahil kerajaan negeri hanya mendiamkan diri apabila melihat rakyat berdepan masalah, terutamanya keperluan asas seperti air bersih, elektrik dan jalan raya.

Katanya, pihak yang suka mengkritik, khususnya pembangkang hanya tahu menghentam kerajaan dengan tuduhan tidak berasas bagi menarik perhatian rakyat, lebih-lebih lagi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah semakin dekat.

“Semua pun tahu PRN sudah semakin dekat dan ada yang meramalkan kemungkinan ia diadakan pada tahun ini, jadi tidak hairanlah jika makin banyak suara pembangkang menuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan tidak berasas, kononnya membiarkan rakyat menderita.

“Tiada kerajaan akan membiarkan rakyat menderita, pasti ada tindakan yang dilakukan. Cuma mungkin tiada publisiti atau hebahan untuk menjelaskan setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat bayi Cathress Brea Allan Yuen, 1 tahun 3 bulan, peminat tegar Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, di KPJ Specialist Hospital pada Sabtu.

Beliau mengulas tuduhan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, baru-baru ini yang antara lain mendakwa tiada tindakan diambil Ketua Menteri untuk membantu rakyat berikutan masalah air dan kekerapan gangguan bekalan elektrik, selain isu jalan raya.

Redonah memberi contoh, bekalan air di sekitar Kota Kinabalu kini semakin baik dengan siapnya kerja menyalurkan air bersih dari Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2 Fasa 2 pada bulan lalu seperti dijelaskan Menteri Kerja Raya negeri, Datuk Ir Shahelmey Yahya sebelum ini.

“Kita difahamkan sebanyak 30 juta liter sehari (MLD) sudah ditambah dalam sistem paip, selain usaha masih diteruskan untuk menyelesaikan masalah tekanan rendah dan air tidak berhasil (NRW) tetapi ramai yang tidak menyedari perkara ini.

“Menteri juga ada menyebut sebanyak 50 MLD lagi air bersih dari LRA Telibong 2 Fasa 2 akan dinikmati pengguna di Kota Kinabalu dan sekitarnya apabila paip utama dari loji itu siap dipasang menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Jelasnya, ketika Bung Moktar menjadi Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya negeri dari 2020 hingga 2022, isu air di Kota Kinabalu sudah mula meruncing, namun tiada kejayaan yang dapat dilihat bagi mengatasinya selain hanya banyak bercakap.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here