Mon, 14 Oct 2024
Headlines:
No Ads
Aidilfitri: JPJ Sabah laksana operasi khas hingga 20 April
Published on: Tuesday, April 09, 2024
Published on: Tue, Apr 09, 2024
Text Size:
Share this story
Aidilfitri: JPJ Sabah laksana operasi khas hingga 20 April
MOHD Harris dan pasukan JPJ melakukan pemeriksaan bas di Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam.
Kota Kinabalu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah melaksanakan operasi khas sempena Aidilfitri dari 1 April sehingga 20 April ini.

Pengarah JPJ Negeri Sabah, Mohd Harris Ali berkata, operasi tersebut bertujuan menjaga keselamatan pengguna pengangkutan awam di samping memastikan pengusaha bas mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan. 

Advertisement
“Setiap hari kita akan melaksanakan penguatkuasaan dan kalau di terminal, salah satu fokus JPJ adalah memeriksa keadaan bas, terutamanya di tiga terminal utama negeri. 

“Pemeriksaan ini akan dibuat sebelum bas keluar dari terminal dan dilakukan secara keseluruhan antaranya cermin, brek, lampu, permit bas serta lesen memandu. 

SPONSORED CONTENT
The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024
The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024
Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event.
“Pada masa yang sama kami juga bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memastikan pemandu-pemandu bas bebas daripada pengaruh dadah agar tidak memberi kesan terhadap pemanduan.

“Begitu juga pemeriksaan buku log, dan keperluan menyediakan dua pemandu, jika syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi bas terbabit dilarang keluar daripada terminal,” katanya kepada media semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pemeriksaan Bas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 di Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam, pada Ahad.

Advertisement
Harris memaklumkan, setakat ini tidak ada kompaun dikeluarkan di ketiga-tiga terminal utama kerana JPJ memberi masa kepada pengusaha bas untuk memperbetulkan keadaan seperti lampu tidak berfungsi dan tayar botak. 

“Kita berterima kasih kepada syarikat-syarikat bas yang mengambil serius pematuhan peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan. 

Advertisement
“Saya memohon kepada semua pengusaha bas untuk selalu mengingatkan para pemandu agar mempunyai rehat yang cukup dan tidak dalam tekanan ketika memandu,” ujarnya. 

Beliau juga memaklumkan JPJ menyediakan 15 pegawai yang akan bertugas sebagai penyamar dan menaiki bas secara rawak mengikut jadual. 

“Mereka akan bertugas setiap hari sehingga 20 April dan akan memantau sekiranya pemandu bas tidak mengikuti peraturan seperti merokok, memandu memakai selipar atau telefon,” tambahnya. 

Sebarang aduan pelanggaran peraturan jalan raya boleh disalurkan ke portal MyJPJ.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2024 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here