SANDAKAN: Dua pendaki bukit masing-masing berusia 22 dan hingga 24 tahun diselamatkan selepas mereka dilaporkan sesat ketika melalukan aktiviti mendaki di Bukit Mawar, pada Rabu.
Sebelum itu, Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.13 malam, dan pasukan penyelamat tiba di lokasi pada jam 7.33 malam.
Advertisement

Mangsa ditemui pada jam 8.40 malam.
Turut membantu di lokasi, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan, beberapa pendaki tempatan dan yang lain.
Seorang mangsa dilaporkan cedera ringan manakala seorang lagi tidak cedera.
Mangsa dibawa keluar pada jam 9.26 malam sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan. Operasi tamat pada jam 9.33 malam.