Tue, 20 May 2025
Headlines:
Petani Keningau mohon bantuan ringankan beban adik jatuh sakit di Korea Selatan
Published on: Saturday, April 13, 2024
Published on: Sat, Apr 13, 2024
By: Bernama
Text Size:
Text:
Petani Keningau mohon bantuan ringankan beban adik jatuh sakit di Korea Selatan
Juitah (kiri) bersama adiknya Eddy yang kini menerima rawatan di Chungkuk National University Hospital Korea. – fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Keluarga petani dari pedalaman daerah Keningau mengharapkan bantuan selepas seorang daripada ahli keluarga mereka disahkan menghidap pneumonia sejak bulan lepas dan sedang dirawat di sebuah hospital di Korea Selatan.

Mereka merayu kerajaan untuk membantu membayar bil hospital kerana tidak mampu melunaskannya memandangkan bil hospital kini mencecah RM90,000 dan jumlah itu akan bertambah setiap hari.

Advertisement
Juitah Laimin, 35, yang berlepas ke Korea pada 8 April lepas berkata adiknya Eddy Laimin, 27, anak ke lapan daripada 11 beradik, bekerja sebagai pengimpal disahkan menghidap pneumonia sejak bulan lepas dan telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital di Korea Selatan sejak itu.

"Pada mulanya, kami menyangka hanya jangkitan paru-paru biasa tetapi selepas seminggu doktor beritahu kami Eddy menghidap pneumonia," katanya kepada Bernama. 

SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Juitah berkata sejak itu mereka cuba mengumpul dana melalui media sosial untuk membantu menyelesaikan bil hospital.

“Bil terus meningkat kerana Eddy terpaksa dimasukkan ke wad untuk rawatan dan doktor tidak akan benarkan dia keluar wad sehingga sihat untuk menaiki kapal terbang pulang ke Malaysia,” katanya.

Advertisement
Juitah berkata kes adiknya turut mendapat perhatian beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Solidariti Anak Sabah yang berpusat di Selangor untuk membantu menyebarkan berita itu.

"Seorang pastor di Korea juga antara yang cuba membantunya mengatur urusan dan mengumpul dana,” katanya sambil menambah mereka menerima lebih RM20,000 setakat ini, termasuk dana RM350 daripada pejabat Ahli Parlimen Keningau untuk membayar beberapa bil tertunggak.

Advertisement
Apabila ditanya sama ada Eddy dibantu oleh syarikat tempatnya berkerja, Juitah berkata setakat ini tiada apa-apa bantuan daripada syarikat berkenaan.

"Sebelum jatuh sakit dia (Eddy) terus bekerja dan melakukan kerja-kerja sampingan kerana ingin jimat duit sebelum pulang ke Sabah," katanya.

Sementara itu, Presiden Solidariti Anak Sabah, Sem Kulian berkata sebaik dimaklumkan mengenai kes ini beliau cuba untuk menarik perhatian pemimpin dan menteri tempatan dari Sabah bagi membantu keluarga berkenaan.

“Kami berharap perkara ini sampai ke pendengaran menteri dan pemimpin negara ini kerana dia seorang yang berasal dari Sabah, dari Malaysia dan rakyat negara ini yang sangat memerlukan bantuan kita,” katanya.

Beliau berkata NGO itu biasanya menguruskan urusan membawa pulang mayat rakyat Sabah dari negeri lain tetapi kali ini memutuskan untuk turut membantu kerana keluarga terbabit telah menghubungi mereka. 

"Atas rasa kasihan dan empati, kami cuba membantu tetapi kami mempunyai had kami sendiri kerana ia membabitkan jumlah yang terlalu besar untuk kami kendalikan sendirian," katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here