Advertisement
SPONSORED CONTENT
KOTA KINABALU: Business owners, visionary entrepreneurs, and corporate leaders from across Malaysia are set to converge at one of Sabah’s most anticipated leadership events: CEO Masterclass (CEOM) 2025, happening on the 9th and 10th of July 2025 at the Sabah International Convention Centre (SICC). .
Advertisement

SELAGI ada peluang KhayCoustica akan terus berbusking tanpa mengira musim perayaan.
Mengangkat genre pop, modern rock dan balada, Tergoda dicipta sepenuhnya oleh Khay sendiri. Mengambil masa tiga tahun untuk hadir dengan lagu sendiri, Khay mengakui mengeluarkan single bukanlah semudah yang difikirkan. “Kami tidak mahu keluarkan lagu yang hanya tangkap muat tetapi sesuatu produk yang betul-betul boleh diterima oleh orang ramai. “Lebih-lebih lagi pendengar tidak semuanya mempunyai cita rasa yang sama. “Jadi, untuk menghasilkan sesuatu karya itu kenalah betul-betul segar dan sesuai untuk zaman ini,” ujar vokalis dan gitaris berasal dari Sandakan itu. Tidak meletakkan harapan terlalu tinggi, Khay berkata mereka cuma berharap menerusi single Tergoda orang ramai dapat mendengar hasil karya mereka. “Kami berharap kehadiran kami ini dapat memeriahkan lagi industri muzik kita. “Dalam masa sama, kami harap Tergoda mampu diterima oleh pendengar bukan saja di Sabah, tetapi kalau boleh di seluruh Malaysia,” katanya. Bercakap tentang penubuhan band terbabit, Khay berkata pada awalnya dia cuba menceburi bidang busking secara solo. “Kemudian saya ajak isteri sata untuk bersama-sama mencari rezeki dan peluang menyanyi dalam mana-mana acara. “Tapi memandangkan semakin hari semakin ramai busker baharu dan berkualiti sudah tentulah persaingan sihat itu ada. “Pada masa sama, penghibur jalanan solo agak sukar untuk mendapat tempat untuk membuat persembahan dalam mana-mana acara memandangkan penganjur lebih mengutamakan busker berkumpulan. “Jadi saya ambil keputusan untuk pelawa kawan-kawan lama saya untuk bergabung bersama di bawah jenama KhayCoustica. “Alhamdulillah, rezeki kami sebagai KhayCoustica terus terbuka. Yang penting, kami tidak berhenti untuk berusaha,” katanya. KhayCoustica pernah membuat persembahan di beberapa acara besar, antaranya, Rhythms of Kinabalu anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, Bundle Music Fest Vol 3, dan Sulap Artisan by Suria Sabah. [email protected]