Fri, 28 Mar 2025
Headlines:
Tujuh blok rumah pekerja terbakar
Published on: Sunday, April 14, 2024
Published on: Sun, Apr 14, 2024
By: Lagatah Toyos dan Azmie Lim
Text Size:
Text:
Tujuh blok rumah pekerja terbakar
KEBAKARAN di Tawau.
TAWAU: Tujuh blok rumah pekerja sebuah kilang papan, Kilang Fu Yee yang mempunyai 130 pintu musnah dalam kebakaran di Batu 42, Jalan Brantian, Kalabakan, di sini, awal pagi Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan rasmi berkata, panggilan kecemasan diterima jam 3.44 pagi.

Advertisement
Menurutnya, sepasukan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dan lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda dikerahkan ke lokasi sejauh 67 kilometer (km) itu.

Komander Operasi kemudiannya memaklumkan kebakaran di lokasi membabitkan tujuh blok rumah pekerja jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

SPONSORED CONTENT
This event coincides with its proposed listing on the Main Market of Bursa Malaysia Securities Berhad ("Bursa Securities"), scheduled for 30 April 2025.
Kebakaran itu melibatkan satu blok 10 pintu, dan enam blok dengan setiap blok 20 pintu.

Kenyataan itu menyatakan, pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran 100 kaki, satu pancutan menggunakan sumber air dari pili bomba berhampiran. 

Advertisement
Pasukan berjaya mengawal kebakaran pada jam 6 pagi sebelum menamatkan operasi pada jam 6.57 pagi.

Tiada mangsa terlibat dilaporkan dalam insiden itu sementara punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Advertisement
Sementara itu, di Kampung Sarip, LAHAD DATU, dua keluarga menempuh Aidilfitri yang menyedihkan apabila rumah masing-masing musnah terbakar pada hari kedua Syawal (Khamis).

Kebakaran di Lahad Datu

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Sumsoa Rashid berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 11.52 pagi dan mengerahkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian.

Beliau berkata dua rumah itu sudah diselubungi api ketika pasukan tiba.

“Pasukan segera menjalankan usaha memadam kebakaran dan mengawalnya pada jam 12.26 tengah hari,” katanya, menambah dua kenderaan turut musnah dalam kebakaran itu.

Operasi tamat pada 2.33 petang selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

Punca kebakaran serta kerugian sedang disiasat.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here