Thu, 30 May 2024

HEADLINES :


ADVERTISEMENT

Pengambilan calon guru PISMP diperluas kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Published on: Sunday, April 14, 2024
By: Bernama
Text Size:

Pengambilan calon guru PISMP diperluas kepada lepasan STPM, STAM, Matrikulasi
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengambil inisiatif memperluaskan pengambilan calon guru tajaan kementerian itu bagi mengikuti latihan pra perkhidmatan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) mulai ambilan tahun ini.

KPM dalam kenyataan Sabtu memaklumkan ia diperluaskan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Program Matrikulasi.

KPM menyebut ini bagi membuka peluang kepada lebih ramai calon yang berminat menjadi guru untuk memohon kemasukan ke program PISMP.

Selain itu ia juga dapat memastikan calon terbaik dipilih bagi mengikuti program itu.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan KPM dalam menangani isu kekurangan guru selain memastikan kualiti calon guru terbaik yang dapat menyumbang kepada agenda reformasi pendidikan negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut calon yang terpilih akan dilatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dalam pelbagai bidang pengkhususan untuk tempoh kursus selama empat tahun. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here