Wed, 18 Jun 2025
Headlines:
Berhenti main politik, fokus kerjasama untuk bantu rakyat
Published on: Monday, April 15, 2024
Published on: Mon, Apr 15, 2024
By: Noor Zafira Zayn
Text Size:
Text:
Berhenti main politik, fokus kerjasama untuk bantu rakyat
HALIZAH menyampaikan sumbangan Ramadan kepada asnaf.
Kota Kinabalu: Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din menyeru semua pihak untuk menghentikan permainan politik tidak matang dan fokus kepada usaha kerjasama membantu rakyat.

“Sekarang yang perlu dan sangat penting untuk semua lakukan adalah bekerjasama untuk cari penyelesaian kepada masalah rakyat, bukan berpolitik secara tidak matang dan menyalahkan orang lain.

Advertisement
“Perlu diingat, semua yang ada hari ini pada asasnya dulu, adalah bersama, dalam satu acuan. 

“Jadi kenapa perlu melihat perbezaan sekarang dan menuding jari, menyalahkan, bahkan kadang kala sampai menjadi seolah-olah hasutan dan fitnah.

SPONSORED CONTENT
This two-day event promises an immersive experience with strategic keynotes, interactive fireside chats, and VIP networking sessions and more!
“Cukup-cukuplah, kita di penghujung Ramadan ini wajar untuk fokus mengejar segala kebaikan dengan saki baki bulan mulia yang ada ini,” katanya.

Beliau berkata semasa Program Ziarah Ramadan di Taman Perumahan Keramat di sini pada Ahad.  

Advertisement
Turut hadir sama Pengerusi Biro Kesihatan Wanita Gagasan Rakyat Sabah Dr. Davina Datuk Markus Majihi, AJK Biro Kesihatan Aween Shafinas dan ahli Pemuda cawangan Gagasan Rakyat bahagian Likas.

Menurut Halizah yang juga merupakan Exco Wanita Gagasan Rakyat itu, masalah tidak akan selesai dengan menuduh dan menunding jari menyalahkan satu pihak.

Advertisement
“Satu jari kita tunjuk salah orang lain, ingatlah bahawa empat jari yang digenggam tunjuk diri kita sendiri.

“Sebab itu, sebaik-baiknya, ambil iktibar dan keberkatan Ramadan dengan kukuhkan silaturahim, bukan bertelagah.

“Pihak sana perlu sedar, sebelum kerajaan sekarang (Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor), dulu-dulu pun masalah yang sama berlaku masa pentadbiran mereka.”

Selain itu, Halizah turut menyatakan rasa kesal beliau dengan tanggapan negatif pihak lain yang tidak bertanggungjawab dan berharap agar ketidaksefahaman dapat diubah menjadi perjuangan bersama, untuk kepentingan Sabah.

“Dan kepada beliau yang saya hormati, Datuk Bung Moktar, saya masih menghormati kepimpinan beliau namun saya terkilan kerana setelah beliau tidak menjadi Timbalan Ketua Menteri kerana ulah pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang ingin memanipulasi dan memporak-perandakan kepimpinan negeri, beliau hilang jawatan tersebut dan akhirnya, jadi seperti sekarang.

“Alangkah bagusnya jika dulu, sebelum apa yang berlaku ini berlaku, kita berfikir panjang sebelum membuat sesuatu keputusan,” katanya lagi.

Tambah Halizah lagi, usaha Kerajaan Negeri kini adalah usaha berterusan dan tidak pernah sekalipun kepentingan negeri diabaikan oleh Hajiji.

“Saya yakin dan beliau (Hajiji) bekerja untuk menyampaikan dan menyempurnakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

“Andai kata kita tidak sehaluan dan tidak sebulu, sekurang-kurangnya jangan jadi duri dalam daging lebih-lebih lagi dengan kemelut masalah semasa yang dihadapi negeri.

“Cuaca panas, kebakaran hutan, jerebu, timbul pelbagai penyakit dan kepayahan kepada semua dan alangkah bagusnya jika semua bekerjasama untuk atasi masalah, bukan bertelagah dan mencari masalah,” katanya lagi.

Halizah turut menasihati semua pihak untuk peka dan berjaga-jaga dengan semua keadaan terutamanya media sosial kerana media sosial kini seolah-olah menjadi platform kepada sebaran maklumat yang meragukan.

“Media sosial membantu jika kita manfaatkan untuk kebaikan dan tujuan yang berfaedah, namun ia menjadi bahaya jika penggunaannya adalah bagi tujuan menghasut, menimbulkan kekacauan dan boleh membawa fitnah.

“Sebagai komuniti masyarakat matang dan celik, wajar untuk kita jadi pengguna media sosial yang bijak, gunakan sumber rujukan sahih serta diiktiraf benar jika ingin mengetahui sesuatu berita.

“Jangan jadi pahlawan papan kekunci, berani di belakang tabir, kerana apa, kerana jika anda tertangkap bersalah menjadi penghasut atau pengguna media sosial yang tidak bermoral, pastinya anda sendiri yang harus menanggung malu dan hukuman yang bakal dikenakan kelak,” ujar beliau lagi.

Dalam lawatan itu, Halizah turut menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda daripada Ketua Menteri kepada warga emas yang menerima sebuah kerusi roda.

Selain itu, Halizah turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau berupa bakul makanan serta duit raya kepada tiga buah asnaf.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here